Autor: |
Jia Chyi Wong, Poi Sim Khiew, Sarani Zakaria, Chin Hua Chia, Swee Yee Chin |
Rok vydání: |
2016 |
Předmět: |
|
Zdroj: |
Sains Malaysiana. 45:1849-1855 |
ISSN: |
0126-6039 |
DOI: |
10.17576/jsm-2016-4512-09 |
Popis: |
Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) (MPEG-PbAE) telah disintesis dengan menggunakan poli(etilena glikol) bermetoksi yang mempunyai kumpulan hujung berfungsi akrilat (MPEG-ac), 1,6-heksanadiol diakrilat, heksilamina linear (A) dan heksilamina siklik (B) sebagai bahan reaktan. Kopolimer MPEG-PbAE A dan B dijangka akan membentuk misel dengan MPEG berfungsi sebagai bahagian luar yang hidrofilik dan PbAE yang mempunyai kumpulan heksil berfungsi sebagai bahagian dalam yang hidrofobik. MPEG-ac selepas diubah suai dan kopolimer MPEG-PbAE A dan B selepas disintesis telah dicirikan. Spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FT-IR) dan spektroskopi resonans magnet nukleus jenis proton (1H-NMR) telah mengesahkan pengubahsuaian kumpulan hujung hidroksil di MPEG kepada kumpulan hujung akrilat. Didapati kopolimer A adalah lebih sesuai digunakan sebagai pembawa ubat berdasarkan perbandingan antara kopolimer A daripada heksilamina linear dan kopolimer B daripada heksilamina siklik. Kromatografi penelapan gel (GPC) menunjukkan bahawa nombor-purata berat molekul, Mn kopolimer A adalah 11216 dengan indeks kepoliserakan (PDI) 1.1925. Kepekatan misel kritikal (CMC) kopolimer A dalam larutan akueus pH7.4 adalah 84.6 mg/L. Purata saiz misel yang diperoleh daripada analisis penyerakan cahaya dinamik (DLS) adalah 26.25±0.149 nm. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|