Sintesis dan Pencirian Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-Poli(β-amino ester) yang Dibentuk daripada Heksilamina Linear dan Siklik Sebagai Misel Polimer

Autor: Jia Chyi Wong, Poi Sim Khiew, Sarani Zakaria, Chin Hua Chia, Swee Yee Chin
Rok vydání: 2016
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 45:1849-1855
ISSN: 0126-6039
DOI: 10.17576/jsm-2016-4512-09
Popis: Poli(etilena glikol) bermetoksi-ko-poli(β-amino ester) (MPEG-PbAE) telah disintesis dengan menggunakan poli(etilena glikol) bermetoksi yang mempunyai kumpulan hujung berfungsi akrilat (MPEG-ac), 1,6-heksanadiol diakrilat, heksilamina linear (A) dan heksilamina siklik (B) sebagai bahan reaktan. Kopolimer MPEG-PbAE A dan B dijangka akan membentuk misel dengan MPEG berfungsi sebagai bahagian luar yang hidrofilik dan PbAE yang mempunyai kumpulan heksil berfungsi sebagai bahagian dalam yang hidrofobik. MPEG-ac selepas diubah suai dan kopolimer MPEG-PbAE A dan B selepas disintesis telah dicirikan. Spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FT-IR) dan spektroskopi resonans magnet nukleus jenis proton (1H-NMR) telah mengesahkan pengubahsuaian kumpulan hujung hidroksil di MPEG kepada kumpulan hujung akrilat. Didapati kopolimer A adalah lebih sesuai digunakan sebagai pembawa ubat berdasarkan perbandingan antara kopolimer A daripada heksilamina linear dan kopolimer B daripada heksilamina siklik. Kromatografi penelapan gel (GPC) menunjukkan bahawa nombor-purata berat molekul, Mn kopolimer A adalah 11216 dengan indeks kepoliserakan (PDI) 1.1925. Kepekatan misel kritikal (CMC) kopolimer A dalam larutan akueus pH7.4 adalah 84.6 mg/L. Purata saiz misel yang diperoleh daripada analisis penyerakan cahaya dinamik (DLS) adalah 26.25±0.149 nm.
Databáze: OpenAIRE