Aspek Pengurusan Program Latihan dan Kesannya Terhadap Kepuasan Atlet Sekolah Sukan

Autor: Anuar Din, Salleh Abd Rashid, Mohd Isha Awang
Jazyk: English<br />Malay
Rok vydání: 2015
Předmět:
Zdroj: International Journal of Management Studies, Vol 22, Iss 1 (2015)
Druh dokumentu: article
ISSN: 2232-1608
2180-2467
Popis: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aspek Pengurusan Program Latihan terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Seramai 206 orang atlet dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih menggunakan persampelan rawak sebagai responden kajian. Kajian ini ialah satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ) oleh Reimer dan Chelladurai (1998) sementara bagi Pengurusan Program Latihan Jurulatih (PPLJ) oleh Anuar (2010). Analisis statistic inferens seperti ujian t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji lima hipotesis nol pada aras signifikan p < 0.05. Program yang digunakan untuk menganalisis data ialah program SPSS versi 20. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.548, p < 0.05) antara Pengurusan Program Latihan Jurulatih dengan kepuasan atlet. Selain daripada itu, aspek pengetahuan jurulatih, aspek kemudahan dan fasiliti serta aspek program latihan merupakan pengaruh Pengurusan Program Latihan jurulatih yang utama terhadap kepuasan atlet. Para jurulatih perlu merangka program latihan selaras dengan perkembangan Sains Sukan moden tanpa melupakan aspek fasiliti dan kemudahan. Teknologi moden dalam fasiliti dan kemudahan harus digunakan oleh jurulatih dan atlet dengan mengurangkan pendekatan secara tradisional. Kata kunci: Atlet, pengurusan program latihan, jurulatih, fasa, kepuasan.
Databáze: Directory of Open Access Journals