Struktur Tema dalam Teks Saintifik

Autor: Nor Hazila Mat Lazim, Ariezal Afzan Hassan
Jazyk: Malay
Rok vydání: 2019
Předmět:
Zdroj: Jurnal Bahasa, Vol 19, Iss 2, Pp 285-306 (2019)
Druh dokumentu: article
ISSN: 1511-9084
2462-1889
DOI: 10.37052/jb.19(2)no5
Popis: Teks saintifik kaya dengan pelbagai fitur linguistik yang unik dalam menyampaikan pengetahuan, nilai, dan kepercayaan saintifik. Salah satunya ialah aspek tema dan rema. Tema mendukung peranan utama sebagai titik tolak mesej dalam ayat. Setiap pemilihan tema adalah bersebab dan bukan sewenang-wenangnya dipilih, kerana yang dipentingkan akan dikehadapankan dalam ayat. Lebihan mesej, iaitu rema mengandungi maklumat baharu yang hendak disampaikan kepada pembaca atau pendengar. Makalah ini menjalankan analisis tekstual terhadap jenis tema yang digunakan dalam sembilan teks saintifik berlatarbelakangkan tiga disiplin yang berbeza, iaitu sains tulen (St), sains sosial (SS), dan (SK). Kemudian, bahagian teks saintifik disintesiskan mengikut model IMRD yang dicadangkan oleh Swales (1990) dan data dianalisis melalui pendekatan Nahu Fungsional Sistemik (Halliday & Matthiessen, 2014). Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga disiplin teks saintifik mengutamakan tema bertanda berbanding tema biasa. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemilihan jenis tema berhubung rapat dengan tabii disiplin dan tabii bahagian teks saintifik. Secara tidak langsung, kajian ini memberikan penjelasan secara holistik terhadap struktur tema dan pemahaman secara komprehensif terhadap dimensi tekstual wacana saintifik.
Databáze: Directory of Open Access Journals