Skopos dan Strategi Terjemahan Semula Kampung Boy dalam Bahasa Jepun

Autor: Natsue Hieda
Jazyk: Malay
Rok vydání: 2024
Předmět:
Zdroj: Jurnal Bahasa, Vol 24, Iss 2, Pp 243-266 (2024)
Druh dokumentu: article
ISSN: 1511-9084
2462-1889
DOI: 10.37052/jb24(2)no3
Popis: Pengkaji membincangkan implikasi terjemahan semula novel grafik Kampung Boy dalam bahasa Jepun. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri teks terjemahan Kampung Boy dalam bahasa Jepun dan menentukan kedudukannya dalam industri terjemahan di Jepun. Dalam kajian ini, pengkaji membandingkan teks terjemahan antara edisi pertama dengan edisi terbaharu teks tersebut. Teks asal turut dirujuk apabila sesuatu bahagian menimbulkan gambaran yang berbeza antara kedua-dua edisi tersebut. Menerusi kajian ini, didapati bahawa perbezaan teks terjemahan dipengaruhi oleh perbezaan bahasa sumber dan perbezaan Skopos. Edisi pertama yang diterjemahkan daripada teks berbahasa Inggeris cenderung kepada penghuraian yang lebih eksplisit disebabkan oleh budaya konteks yang rendah. Edisi terbaharu yang diterjemahkan daripada teks berbahasa Melayu pula menunjukkan ekspresi yang lebih implisit disebabkan oleh budaya konteks yang tinggi. Dari segi perbezaan Skopos, edisi pertama menitikberatkan unsur nostalgia, manakala edisi terbaharu menambah nilai akademia. Oleh itu, edisi pertama menggunakan bahasa yang mudah dengan strategi berunsur tempatan, sedangkan edisi terbaharu menggunakan bahasa yang sederhana dengan lebih memfokuskan unsur asing. Dalam erti kata lain, edisi pertama mementingkan kelancaran bahasa dengan menggugurkan, meringkaskan atau menggantikan unsur budaya tradisional Melayu. Sebaliknya, edisi terbaharu mengekalkan konteks asal dengan mengisi kekosongan leksikon dan menambah keterangannya.
Databáze: Directory of Open Access Journals