PENGLIBATAN WANITA SEBAGAI PENENTU DASAR DARI SUDUT PANDANG AL SIYÄ€SAH AL-SYARcIYYAH: KAJIAN KES SEKTOR PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA
Autor: | Syaryanti Hussin, Nabilah Yusof, Hasnizam Hashim, Norfadhilah Mohamad Ali, Fadhlina Alias, Muhammad Najib Abdullah |
---|---|
Jazyk: | Arabic<br />English<br />Malay |
Rok vydání: | 2020 |
Předmět: | |
Zdroj: | Malaysian Journal of Syariah and Law, Vol 8, Iss 1 (2020) |
Druh dokumentu: | article |
ISSN: | 1985-7454 2590-4396 |
DOI: | 10.33102/mjsl.v8i1.230 |
Popis: | Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dan pelancaran pertamanya adalah pada tahun 1989 sehingga ke tahun 2020. Antara matlamat DWN, ialah perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat pembangunan. Ini adalah peluang yang amat baik untuk menampilkan keupayaan wanita dalam semua sektor ekonomi negara. Kertas ini cuba menggariskan keserasian usaha ini dengan prinsip-prinsip al SiyÄsah al Syarciyyah.yang memartabatkan tadbir urus yang baik, penglibatan holistik, keperluan manusia dan kepentingan bersama. Kertas ini mengutarakan satu kajian kes yang meneliti lantikan wanita yang menganggotai lembaga pengarah bank dan badan penasihat Syariah bank di 16 buah institusi bank Islam di Malaysia dari tahun 2012 sehingga tahun 2018, suatu lantikan yang penting dan melibatkan pembuatan keputusan dalam sektor tersebut. Kajian mendapati bahawa sungguhpun tenaga kepakaran Malaysia di dalam sektor perbankan Islam telah diiktiraf di persada antarabangsa, penglibatan wanita sebagai penentu dasar dalam tempoh masih tidak mencapai sasaran minima 30%. Kertas ini mencadangkan peningkatan penglibatan wanita dalam sektor ini. Penglibatan wanita secara umum dalam penentuan dasar juga adalah selari dengan semangat al SiyÄsah al Syarciyyah untuk tadbir urus yang baik, penglibatan menyeluruh dan kelestarian pembangunan. |
Databáze: | Directory of Open Access Journals |
Externí odkaz: |