Analisis Unsur Perubahan Sosial Dalam Konteks Uruf Menurut Perspektif Syarak
Autor: | Siti Fatimah Salleh, Siti Khatijah Ismail, Zurita Mohd. Yusoff |
---|---|
Jazyk: | Arabic<br />English<br />Malay |
Rok vydání: | 2017 |
Předmět: | |
Zdroj: | Global Journal Al-Thaqafah, Vol 7, Iss 1, Pp 99-116 (2017) |
Druh dokumentu: | article |
ISSN: | 2232-0474 2232-0482 |
DOI: | 10.7187/GJAT13120170701 |
Popis: | Metodologi ijtihad merupakan rukun asas dalam membuat penilaian terhadap penentuan hukum semasa. Salah satu mekanisma yang perlu diambil kira dalam penentuan hukum semasa ialah tentang perubahan sosial. Artikel ini bertujuan untuk melihat konsep perubahan sosial dan terminologi syarak yang sering mempengaruhi perubahan hukum iaitu ‘uruf atau dari sudut perkaitannya. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan artikel ini ialah kajian perpustakaan dengan merujuk beberapa kitab utama ilmu usul fiqh dan lain-lain serta karya dalam pengajian sains sosial. Dapatan kajian akan mengenal pasti aspek persamaan atau perbezaan antara dua terminologi iaitu perubahan sosial dan ‘uruf melibatkan perubahan sesuatu yang menjadi kebiasaan masyarakat. Aspek perbezaan antara keduanya adalah dalam aspek pengukuran kepada perubahan, iaitu perubahan sosial dianggap berlaku dan masyarakat perlu bertindak mengikut perubahan tersebut. Manakala dalam konteks uruf, masyarakat boleh bertindak mengikut uruf sekiranya perubahan itu diukur oleh syarak sebagai perubahan yang valid untuk diadaptasi. |
Databáze: | Directory of Open Access Journals |
Externí odkaz: |