Pengkonsepsian Makna Kata Kerja dalam Subdialek Kedah

Autor: Mashetoh Abd. Mutalib, Hishamudin Isam, Marzalina Mansor, Yusniza Yaakub
Jazyk: Malay
Rok vydání: 2024
Předmět:
Zdroj: Jurnal Bahasa, Vol 24, Iss 2, Pp 329-354 (2024)
Druh dokumentu: article
ISSN: 1511-9084
2462-1889
DOI: 10.37052/jb24(2)no6
Popis: Dialek terbentuk disebabkan oleh wujudnya persempadanan ruang geografi kawasan tempat tinggal penutur. Melalui persempadanan inilah wujudnya pelbagai dialek tempatan, seperti dialek Kedah, dialek Pahang, dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Begitu juga keadaannya dengan subdialek negeri masing-masing. Kajian yang berkaitan dengan dialek Kedah sering difokuskan oleh sarjana, tetapi tertumpu pada linguistik dan sosiolinguistik. Oleh itu, pengkaji mengenal pasti dan mengkonsepsikan makna kata kerja terpilih, iaitu “bercerau”, “berceretet”, “berkenjah” dan “berjabu” dalam dialek Kedah (Kedah Utara, Kedah Tengah dan Kedah Selatan). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan gaya daftar kata yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2001). Temu bual dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur, manakala gaya daftar kata digunakan untuk memaknakan dan mengkonsepsikan kata kerja tersebut terpilih dalam dialek Kedah. Dapatan menunjukkan bahawa kata kerja terpilih tersebut dikonsepsikan dengan makna yang berbeza-beza berdasarkan pengalaman penutur dan kawasan tempat tinggalnya. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat makna kata kerja yang dikongsi bersama dan menjadi milik eksklusif penutur di kawasan tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dalam pendokumentasian khazanah dialek Kedah sebagai dialek yang unik.
Databáze: Directory of Open Access Journals