Analisis Faktor Peringkat Kedua Terhadap Prinsip-Prinsip Pengurusan Kualiti

Autor: Lim Kong Teong, Tang Swee Mei
Jazyk: English<br />Malay
Rok vydání: 2008
Předmět:
Zdroj: International Journal of Management Studies, Vol 15, Iss 1 (2008)
Druh dokumentu: article
ISSN: 2232-1608
2180-2467
Popis: Kajian empirikal ini menggunakan analisis faktor peringkat kedua, untuk menguji sama ada set prinsip-prinsip pengurusan kualiti yang disintesiskan daripada falsafah guru kualiti serta kerangka anugerah kualiti dan system pengurusan kualiti, secara bersama dapat membentuk satu faktor peringkat lebih tinggi yang boleh dinamakan “TQMâ€. Atur cara komputer LISREL 8 (Jöreskog & Sörbom, 1993) telah digunakan untuk menganggar dan menilai kebagusuaian model faktor peringkat kedua yang dikemukakan dengan menggunakan data tinjauan yang diperoleh daripada jabatan pendidikan yang dipilih secara rawak daripada sepuluh buah universiti awam tempatan di Malaysia. Keputusan analisis menunjukkan kesesuaian yang boleh diterima antara model kajian dengan data, dan menyokong kewujudan perhubungan peringkat kedua di antara prinsip-prinsip pengurusan kualiti.
Databáze: Directory of Open Access Journals