Lakuan Tutur Terima kasih: Strategi Pragmatik yang digunakan dalam kalangan Generasi Z Melayu

Autor: Maslida Yusof, Rusmadi Baharudin, Salinah Ja'afar, Karim Harun
Jazyk: Malay
Rok vydání: 2022
Předmět:
Zdroj: Jurnal Bahasa, Vol 22, Iss 1, Pp 1-28 (2022)
Druh dokumentu: article
ISSN: 1511-9084
2462-1889
DOI: 10.37052/jb22(1)no1
Popis: Generasi Z ialah generasi teknologi. Mereka dikatakan menunjukkan kemahiran komunikasi lisan yang sangat sedikit. Mereka agak lemah dari sudut ekspresi, komunikasi lisan, keyakinan dan kemahiran interpersonal. Antara kelemahan yang biasa disebut termasuklah generasi muda agak “sukar” mengungkapkan ucapan “terima kasih” dalam kehidupan seharian ekoran dianggap ia bukanlah satu perkara penting. Oleh itu makalah ini bertujuan untuk meneliti strategi lakuan terima kasih dalam kalangan generasi Z Melayu. Lakuan bahasa terima kasih ialah lakuan bahasa ekspresif yang mengungkapkan perasaan berterima kasih, penghargaan dan rasa terhutang budi atas pemberian, tawaran dan bantuan yang diberikan oleh seseorang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif berbentuk soal selidik Tugas penyempurnaan Wacana (TPW). Dalam pendekatan ini kiraan dilakukan untuk menunjukkan strategi terima kasih yang lebih banyak atau lebih kerap berlaku. TPW ini mengandungi lima soalan berdasarkan tiga situasi berbeza, iaitu situasi menerima hadiah, menerima pertolongan dan menerima anugerah. Situasi ini dibezakan juga dari segi hubungan peserta berdasarkan jarak sosial dan status sosial. Soal selidik diedarkan kepada 212 responden yang mewakili generasi Z, iaitu pelajar tingkatan 4, tingkatan 6 dan pelajar universiti. Selanjutnya, data dianalisis berdasarkan versi yang dimodifikasikan daripada klasifikasi ekspresi terima kasih oleh Cheng (2005) yang mengandungi lapan strategi terima kasih. Kajian mendapati dalam usaha mempamerkan tindakan berterima kasih, generasi Z lebih kerap menggunakan strategi langsung, iaitu secara eksplisit menggunakan perkataan “terima kasih” atau “terima kasih banyak/banyak-banyak”. Hasil kajian juga menjelaskan bahawa Generasi Z masih sedar dan tahu untuk melaksanakan lakuan terima kasih apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan respons berterima kasih.
Databáze: Directory of Open Access Journals