Amalan budaya di Malaysia yang dikaitkan dengan sunnah: analisis terhadap aspek pemakanan dan pengubatan

Autor: Ahmad, Khadher, Mohd Rokhibi, Ibrahim Adham
Jazyk: angličtina
Rok vydání: 2021
Zdroj: HADIS; Vol 11 No 21 (2021): HADIS; 701-717
ISSN: 2231-9018
2550-1585
Popis: Amalan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah pelbagai dan sebahagiannya mirip kepada amalan yang disarankan dalam sunnah Nabi SAW. Istilah sunnah adalah merujuk kepada sesuatu yang diambil daripada Nabi SAW. Artikel ini bertujuan untuk meneliti dan mengkaji beberapa amalan budaya dalam masyarakat Islam di Malaysia yang mempunyai hubung kait atau mirip kepada amalan sunnah yang disarankan oleh Nabi SAW. Melalui analisis induktif dan deduktif, artikel ini melakukan penilaian hanya terhadap amalan budaya dalam aspek makanan dan pemakanan serta pengubatan Islam sahaja melalui pemahaman dan perbincangan dalam hadis-hadis yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk-bentuk amalan budaya dalam aspek makanan dan pemakanan adalah budaya “kenduri” atau menjamu makan dan isu berkaitan dengan makanan sunnah. Sedangkan dalam aspek pengubatan penyakit pula, amalan yang telah menjadi budaya adalah penggunaan jampi dan rukyah, penggunaan bahan rawatan seperti air, daun bidara dan garam dalam rawatan penyakit. Tidak dinafikan bahawa walaupun ia telah menjadi budaya, bukan bermaksud bahawa amalan tersebut dilarang kerana selagi mana ia tidak melanggar batas ketentuan syarak, maka dibenarkan untuk terus diamalkan.
Databáze: OpenAIRE