Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu sebagai Cerminan Kebudayaan Melayu

Autor: Salmah Jan Noor Muhammad, Mohd Sharifudin Yusop, Mohd Fahmi Bin Ismail
Rok vydání: 2015
Zdroj: International Journal of Language Education and Applied Linguistics; VOLUME 3 (December 2015)
ISSN: 2289-9294
2289-7208
DOI: 10.15282/ijleal.v3.479
Popis: Sejak zaman dahulu kala lagi, cerita rakyat Melayu merupakan salah satu genre sastera yang popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Kini, cerita rakyat Melayu kian luntur dalam kalangan masyarakat Melayu kerana adanya pengaruh teknologi moden. Namun begitu, menyedari akan betapa pentingnya cerita rakyat Melayu ini kepada masyarakat Melayu, maka kajian ini dilakukan untuk mengembalikan semula nilai jati diri yang selama ini menjadi tunjang kepada ketamadunan unggul dalam kalangan masyarakat Melayu. Lantaran itu, dapat dilihat bahawa setiap cerita rakyat Melayu yang disampaikan itu banyak memberi pedoman yang berguna kepada masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan nilai jati diri yang terkandung di dalam cerita rakyat Melayu. Seterusnya, kajian ini juga akan menggunakan landasan teori ekologi budaya atau adaptasi alam untuk memantapkan lagi analisis perbincangan. Dalam konteks ini, maka jelaslah membuktikan bahawa terdapat cerita rakyat dapat membina semangat jati diri yang unggul dan mantap dalam kalangan masyarakat Melayu hingga ke hari ini.
Databáze: OpenAIRE