PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU

Autor: Fauzi Hussin, Khaziah Abdul Aziz
Jazyk: angličtina
Rok vydání: 2017
Předmět:
Zdroj: Proceedings of the ICECRS; Vol 1, No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium-Universiti Utara Malaysia
ISSN: 2548-6160
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1
Popis: Iklim organisasi dan kepuasan kerja guru memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Ianya juga untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim organisasi sekolah berkenaan berdasarkan pandangan guru dengan kepuasan kerja guru. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima mata. Instrumen Organizational Climate Description Questionnaire (OCDQ-RS) yang telah dibangunkan oleh Hoy et al. (1968) digunakan untuk mengukur iklim organisasi. Manakala instrumen Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Sampel kajian terdiri daripada 252 orang guru dari 9 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berstrata. Data yang diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T, ANOVA Sehala, Pekali Korelasi Pearson dan Regresi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan iklim organisasi mengikut kategori sekolah, tetapi menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Berdasarkan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap iklim organisasi mengikut kategori umur. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut jantina. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap kepuasan kerja guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan kepada sekolah, guru-guru dan pengkaji pada masa akan datang boleh dibuat bagi mempertingkatkan lagi tahap iklim organisasi dan juga kepuasan kerja guru di sekolah.
Databáze: OpenAIRE