Kesopanan Berbahasa Kinayah Al-Quran dalam Mengungkap Makna Hubungan Seks Suami Isteri
Autor: | null Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli, null Abdallah Saleh Abdallah |
---|---|
Rok vydání: | 2023 |
Zdroj: | Journal of Islam in Asia (E-ISSN 2289-8077). 20:328-343 |
ISSN: | 2289-8077 1823-0970 |
DOI: | 10.31436/jia.v20i1.1142 |
Popis: | Al-Quran adalah kitab Allah yang amat mementingkan adab kesopanan yang tinggi dalam perilaku dan berbahasa pada umatnya. Umat Islam diwajibkan untuk mengungkap kata-kata baik dan makruf dalam semua keadaan. Apa yang menimbul sedikit kegusaran dan kepelikan dalam sebahagian manusia ialah bagaimana al-Quran menangani permasalahan penggunaan bahasa yang berunsur seks dalam al-Quran, sedangkan dalam masyarakat umum yang bertamadun, unsur ini adalah suatu yang bersifat tabu. Jadi, tujuan kajian ini ialah mengenalpasti ayat-ayat yang mengandungi unsur-unsur berkenaan. Seterusnya menganalisis unsur – unsur berkenaan berdasarkan kinayah Bahasa Arab. Dapatan kajian ini ialah kewujudan unsur-unsur hubungan seks dalam kinayah al-Quran yang disampaikan dengan bahasa yang cukup sopan dan tidak menyinggung perasaan manusia yang waras. Tambahan lagi hubungan itu adalah sunnatullah yang diciptakan untuk manusia. Selain itu, pengolahan makna hubungan seks dalam al-Quran bersifat ilmiah dan pemakluman hukum, bukan bertujuan membangkitkan syahawat. Implikasi kajian ini ialah al-Quran secara konsisten sebagai petunjuk dan pembimbing kepada manusia. Ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuk bahasa seks yang disampaikan dengan cara yang paling sempurna. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |