Aplikasi Kerangka Kerja Tadbir Urus Syariah Dalam Agensi Mengurus Zakat di Melaka

Autor: Noorzakry Nor Jamal, Muhammad Firdaus Tubarri, Abdul Halim Ismail, Azhana Othman, Zunaidah Ab Hasan
Rok vydání: 2019
Zdroj: Journal of Fatwa Management and Research. :396-412
ISSN: 0127-8886
2232-1047
DOI: 10.33102/jfatwa.vol0no0.291
Popis: Integrity in handling zakat funds is a highly sensitive matter to the community if it is not properly managed. The issue of negative perception towards the distribution of zakat in Malaysia is due to the lack of trust from the community toward the management of the agency managing the Zakat. This will therefore affect the collection as well as the distribution of zakat funds to the eight group of Asnaf. Therefore, it is necessary for the zakat agency to build up and create a good shariah governance framework to the needs of Islamic law as a benchmark in order to make sure all activities undertaken are on track. This conceptual study aims to implement Shariah Governance Framework to overcome the distrust of the community towards the management of Zakat agency since they do not have any standard of shariah governance framework, like other Islamic Financial Institutions in Malaysia. In conclusion, the proposed Shariah Governance Framework proposed in this study, will give an implication to restore the trust and positive perceptions among the public. Abstrak Ketulusan dalam mengendalikan dana umat Islam terutamanya zakat adalah suatu perkara yang sangat sensitif kepada masyarakat sekiranya tidak diurus dengan baik. Isu persepsi negatif masyarakat terhadap agihan zakat di Malaysia merupakan punca masalah kepada ketidakpercayaan masyarakat dalam pengurusan Agensi Mengurus Zakat. Ketidakpercayaan ini akan memberi kesan kepada kutipan zakat dan secara tidak langsung akan mempengaruhi dana agihan zakat untuk diagihkan kepada lapan (8) golongan asnaf yang layak. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan kepada Agensi Mengurus Zakat untuk mewujudkan satu kerangka kerja urus tadbir yang baik dan menepati kehendak syarak sebagai kayu ukur kepada segala aktiviti yang dilaksanakan berada di landasan yang betul. Kajian konseptual ini berhasrat untuk menerapkan satu kerangka kerja Tadbir Urus Shariah dalam Agensi Mengurus Zakat untuk mengatasi masalah ketidakpercayaan masyarakat terhadap pengurusan Agensi Mengurus Zakat. Tambahan pula Agensi Mengurus Zakat tidak mempunyai kerangka Tadbir Urus Shariah yang standard seperti mana Institusi Kewangan Islam yang lain di Malaysia. Oleh yang demikian, kerangka kerja tadbir urus shariah yang akan dicadangkan memberi implikasi untuk mengembalikan kepercayaan dan persepsi yang positif dikalangan masyarakat.
Databáze: OpenAIRE