Kutipan Zakat di Negeri Lain oleh Ejen dan Amil Tidak Bertauliah Menurut Syarak
Autor: | Irwan Mohd Subri, Syed Mohd Najib Syed Omar, Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap, Hasnizam Hashim, Muhammad Najib Abd Wakil, Zahari Mahad Musa, Azman Ab Rahman |
---|---|
Rok vydání: | 2018 |
Zdroj: | Journal of Fatwa Management and Research. :16-30 |
ISSN: | 0127-8886 2232-1047 |
DOI: | 10.33102/jfatwa.vol13no1.124 |
Popis: | Zakat management is subject to the authority and views of the local government. In Malaysia, the State Islamic Religious Council (MAIN) in everu state is the ruling authorities in the management of zakat includes the collection of zakat from the local community. Base on the current survey, all MAINs have appointed certified agents or amil within the institutions, groups or individuals to facilitate the collection of zakat in their respective states. Permission to collect zakat is essentially implemented on local base and appointed agents are not allowed to collect zakat across the state borders. Generally, almost all states provide enactments, acts or ordinances explaining Shariah criminal penalties and offenses for the act of collecting zakat in other states without permission. However, there are cases and issues arose from this crime activity among amil or unauthorized agents. This action indirectly affects zakat institutions and zakat recipients negatively. The objective of this study is to identify issues and modus operandi associated with zakat collection across states by unauthorized agents and amil. The study will also assess issues related to Islamic view including the issued fatwas while suggesting alternatives as solution to this polemic. This study utilises qualitative approach involving interviews and documentation in data collection. The findings show that the issue of zakat collection in other states by unauthorized agents and amils are contradict to Syariah Administration law in Malaysia. This study hopefully can be a reference to zakat institutions, MAIN, state mufti departments and zakat-authorized bodies in Malaysia in addressing the issue of across states zakat collection. Further studies on the effects of this issue on zakat institutions and zakat recipients in the affected states need to be carried out to ensure that this wrongdoing can be curbed effectively. ABSTRAK: Pengurusan perihal zakat adalah tertakluk kepada kuasa dan pandangan pemerintah setempat. Di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) negeri-negeri adalah pemerintah yang berkuasa dalam pengurusan zakat termasuklah berkaitan kutipan zakat masyarakat setempat. Berdasarkan tinjauan semasa, semua MAIN telah melantik ejen atau amil yang bertauliah dalam kalangan institusi, kelompok atau individu bagi memudahkan lagi proses kutipan zakat di negeri masing-masing. Kebenaran mengutip zakat tersebut hakikatnya adalah bersifat lokal dan tidak dibenarkan merentasi sempadan negeri lain. Umumnya, hampir kesemua negeri memperuntukkan enakmen, akta atau ordinan yang menjelaskan hukuman dan kesalahan jenayah Syariah bagi perbuatan mengutip zakat di negeri lain atau tanpa kebenaran. Namun begitu, timbul beberapa kes dan isu yang melibatkan kesalahan mengutip zakat dalam kalangan amil atau ejen yang tidak bertauliah di negeri lain. Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada institusi zakat dan penerima zakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu berkaitan kutipan zakat di negeri lain oleh ejen dan amil yang tidak bertauliah. Kajian juga akan menilai isu-isu yang berkaitan menurut pandangan syarak termasuk fatwa yang dikeluarkan di samping mencadangkan alternatif sebagai solusi bagi polemik ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah temu bual dan dokumentasi dalam pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa isu kutipan zakat di negeri lain oleh ejen dan amil yang tidak bertauliah adalah bertentangan dengan syarak dan perundangan Syariah di Malaysia. Kajian ini boleh menjadi rujukan dan panduan oleh pihak institusi zakat, MAIN, jabatan mufti dan badan-badan berautoriti zakat di Malaysia dalam menangani isu kutipan zakat di negeri lain. Kajian lanjutan berkaitan kesan isu ini terhadap institusi zakat dan penerima zakat di negeri yang terlibat perlu dijalankan bagi memastikan gejala ini dapat ditangani sebaik mungkin. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |