Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model Needham Lima Fasa bagi Topik Konkrit

Autor: Normah Zakaria, Norhasyimah Hamzah, Kolej Vokasional Juasseh, Seremban, Malaysia, Siti Nur Kamariah Rubani, Arihasnida Ariffin, Noridah Hasnan
Rok vydání: 2020
Zdroj: Online Journal for TVET Practitioners. 5
ISSN: 2289-7410
DOI: 10.30880/ojtp.2020.05.02.008
Popis: Kajian ini dijalankan bagi mereka bentuk dan membangunkan produk e-Pembelajaran bagi topik konkrit berpandukan Model Needham Lima Fasa dan Teori Konstruktivisme. Selain itu juga, e-Pembelajaran ini diuji kebolehgunaan dari aspek reka bentuk, kebolehfungsian dan kesesuaian isi pelajaran. Kajian ini berbentuk kuasi eksperiman di mana terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel terdiri daripada 60 orang pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Pembinaan. Kaedah analisis deskriptif telah digunakan melalui bantuan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) 20.0. Hasil dapatan kajian mendapati skor min bagi aspek reka bentuk, kebolehfungsian dan kesesuaian isi pelajaran adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa reka bentuk e-Pembelajaran berasaskan Model Needham Lima Fasa dan Teori Konstruktivisme dapat membantu pelajar memahami dengan lebih sistematik. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada penyelidik lain dalam mereka bentuk dan membangunkan produk berasaskan e-Pembelajaran yang lebih teratur.
Databáze: OpenAIRE