Skim Bantuan Zakat Mualaf: Satu Kajian Kontemporari di Wilayah Persekutuan
Autor: | Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd Subri, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Mahazan Abdul Mutalib @ Taib, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail |
---|---|
Rok vydání: | 2018 |
Zdroj: | Journal of Fatwa Management and Research. 6:193-208 |
ISSN: | 0127-8886 2232-1047 |
DOI: | 10.33102/jfatwa.vol6no1.81 |
Popis: | Converts is one of the group which obtained a portion of zakat after asnaf and poor groups and registed zakat collecters (amil). Systematic distribution of zakat can give justice to those who are eligible to receive zakat donations as converts. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) as an institution that responsible for managing the zakat fund has provided various aid schemes for them. The question arises whether zakat distribution scheme and aid provided by the MAIWP can meet all the needs and will of converts, especially in the Federal Territory. Therefore, this study was undertaken to determine the distribution of zakat schemes provided to convert by MAIWP. These schemes will be assesed either it is cover convert need by total based on the reality of life, particularly in the Federal Territory of Kuala Lumpur. This study used a qualitative methodology through text study and field studies to reach respondents who are directly involved in managing the distribution of zakat. The study found that the distribution schemes provided by MAIWP nearly complete each conversion needs. The study suggests a number of improvements such as burial scheme, Tabung Haji Savings Scheme and other schemes to meet the needs of life and preserving the welfare of converts. Further studies should be conducted to identify the constraints and needs of converts, especially after the Goods and Service Tax (GST) was implemented to improve existing zakat distribution scheme to convert from time to time. Keywords: Converts, Zakat Scheme, Zakat Distribution, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Federal Territory. Abstrak Mualaf merupakan salah satu golongan asnaf yang memperolehi bahagian zakat selepas asnaf fakir, miskin dan amil sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran. Pengagihan zakat secara sistematik dapat memberi keadilan kepada golongan yang layak menerima bantuan zakat seperti asnaf mualaf. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana zakat telah menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan ini. Persoalan yang timbul sama ada skim agihan zakat dan bantuan yang disediakan oleh MAIWP ini dapat memenuhi kesemua keperluan dan kehendak asnaf mualaf terutamanya di Wilayah Persekutuan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti skim-skim agihan zakat yang disediakan oleh MAIWP kepada asnaf mualaf. Skim-skim tersebut akan dinilai sama ada meliputi keperluan mualaf secara total berdasarkan realiti kehidupan terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini akan mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada skim-skim agihan tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kajian teks dan juga kajian lapangan bagi mendekati responden yang terlibat secara langsung dalam urusan pengagihan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa skim-skim agihan yang disediakan oleh MAIWP hampir melengkapi setiap keperluan asnaf mualaf. Analisa kajian mendapati masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dicadangkan. Kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan skim seperti skim pengurusan jenazah, Skim Simpanan Tabung Haji dan beberapa skim lain bagi memenuhi keperluan hidup serta memelihara kebajikan asnaf mualaf. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti kekangan dan juga keperluan semasa asnaf mualaf terutamanya selepas cukai barang dan perkhidmatan atau Goods and Service Tax (GST) dilaksanakan bagi menambah baik skim agihan zakat sedia ada kepada asnaf mualaf dari semasa ke semasa. Kata kunci: Mualaf, Skim Bantuan Zakat, Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Wilayah Persekutuan. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |