Sedimentologi Batuan Enapan Daratan Kumpulan Gagau (usia Kapur Awal) di Hulu Sungai Chichir, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Autor: Che Aziz Ali, Muhammad Ashahadi Dzulkafli, Wei Chung Khor, Jasmi Ab Talib, Mohd Shafeea Leman, Kamal Roslan Mohamed
Rok vydání: 2017
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 46:2315-2323
ISSN: 0126-6039
Popis: Jujukan batuan sedimen Kapur Awal Kumpulan Gagau di kawasan sekitar hulu Sungai Chichir dibentuk oleh batu pasir berpebel masif, batu lumpur masif dan lapisan tebal batu pasir dengan pelbagai struktur sedimen serta fosil. Jujukan ini boleh dibahagikan kepada tujuh fasies dengan mekanisme pengenapan berbeza. Berdasarkan asosiasi antara pelbagai fasies sedimen dapat ditafsirkan bahawa jujukan ini telah terenap dalam pelbagai sekitaran dataran aluvium termasuk alur sungai utama, sungai berliku, sungai berburai dan dataran banjir. Fosil yang ditemui memberikan usia Kapur Awal kepada jujukan ini. Bukti kehadiran tanah atas di kawasan ini mencerahkan harapan untuk penemuan pelbagai fosil hidupan daratan, khususnya fauna vertebrat serta dinosaur yang lebih baik dan lengkap.
Databáze: OpenAIRE