Pencegahan dadah dalam kalangan belia berisiko melalui elemen penghayatan akidah

Autor: Abdul Hadi Awang, Norsaleha Mohd Salleh, Rosni Wazir, Suriani Sudi, Abur Hamdi Usman, Syamim Zakwan Rosman
Rok vydání: 2020
Zdroj: al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues. 5:415-424
ISSN: 2550-1992
0128-116X
DOI: 10.53840/alirsyad.v5i2.95
Popis: Akidah merupakan kunci hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW ketika diutuskan sebagai Rasul adalah membetulkan akidah masyarakat yang telah terpesong. Di Malaysia, umat Islam berpegang dengan akidah berdasarkan aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Meskipun pembelajaran akidah ini telah diterapkan sejak bangku sekolah lagi, namun cabaran penghayatan akidah belia kini berada di tahap yang membimbangkan. Hal ini mengakibatkan pelbagai krisis dan masalah. Dalam menangani isu belia, permasalahan dadah merupakan isu serius yang sering diberi perhatian. Statisitik pertambahan penagih dadah belia baru dan berulang pada saban tahun amat meresahkan meskipun pelbagai pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Terdapat keperluan untuk mengenalpasti elemen penghayatan akidah dalam membina daya tahan belia untuk menangani isu dadah. Hal ini kerana daya tahan yang kuat dilihat sebagai faktor pelindung daripada terjebak dengan najis dadah. Justeru, berdasarkan metode kualitatif kepustakaan, artikel ini membincangkan elemen penghayatan akidah yang dapat membina daya tahan belia lalu membentuk pencegahan dadah yang berkesan. Dapatan artikel ini menunjukkan elemen penghayatan akidah, iaitu kefahaman, perasaan dan amalan mempunyai faktor pelindung kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, ketaatan, pengawasan, keredaan, kesyukuran, penghargaan, kecintaan, kecekalan, kepatuhan, pengurusan diri dan ketekunan. Nilai-nilai ini menyumbang kepada daya tahan indvidu. Oleh yang demikian, elemen penghayatan akidah hendaklah diperkasakan dalam strategi pencegahan dan diberi perhatian oleh pihak sewajarnya supaya usaha pencegahan dadah di negara ini dapat diperkasakan.
Databáze: OpenAIRE