Popis: |
Abstract: This research explores the craft and creativity of the art of Ilang as an interpretation of the philosophy of ‘Being a Teacher’ in the life of the Iban community. Symbolism towards the elements of nature is often used to express various ideas and meanings about their practices, culture, and life. This research uses a qualitative approach as a whole. Data obtained through qualitative approach using observations and interviews. Overall research has found that the human mind is made up of natural properties. Humans learn from nature and create the aesthetics they learn from it. Nature is made as a 'teacher', a human mind built from nature. This means that the developing world teaches humans to think creatively and to create something using natural resources, such as parang Ilang. Every event that happens around human life may not be separated from nature. The Iban people live in a natural environment. For them, nature is a ‘teacher’ to solve all the problems that occur in their lives. For some individuals in the Iban community, they are skilled at producing crafts that use the natural elements that exist in their environment. The aesthetic values of parang Ilang can also be seen through the uses of nature such as the consumption of wood (Eusideroxylon Zwageri) on the part of parang's coverThis indicates that nature as a teacher or terms of thought and ideology, as well as the symbolism of perseverance and psychology of the maker of the parang Ilang. Through nature, the Iban community made crafts using natural elements on the parang Ilang that reflected their aesthetic and artistic values as well as their culture. Keywords: Ilang, Aesthetic, Arts, Philosophy of Alam Takambang Jadi Guru, Iban’s culture Abstrak: Kajian ini menerangkan tentang kerajinan dan kekreativiti seni tentang parang Ilang sebagai tafsiran falsafah Alam Takambang Jadi Guru dalam kehidupan masyarakat Iban. Simbolisme ke arah unsur-unsur alam sering digunakan untuk menyatakan pelbagai idea dan makna tentang amalan, budaya dan kehidupan mereka. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif secara keseluruhan. Data yang dicapai melalui pendekatan kualitatif yang menggunakan pemerhatian dan temubual daripada informan yang pakar terhadap parang ilang. Keseluruhan penyelidikan mendapati bahawa minda manusia dibina daripada sifat-sifat alam. Manusia belajar daripada alam semula jadi dan mencipta estetika yang mereka pelajari dari alam. Alam dijadikan 'guru', iaitu pemikiran manusia yang dibina dari alam semulajadi. Ini bermakna alam berkembang mengajar manusia untuk berfikir secara kreatif dan menghasilkan sesuatu penciptaan menggunakan sumber alam, seperti parang Ilang. Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku di sekitar kehidupan manusia mungkin tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi. Masyarakat Iban tinggal di persekitaran alam semulajadi. Bagi mereka, alam dijadikan guru untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka. Bagi sesetengah individu dalam masyarakat Iban, mereka mahir dalam menghasilkan kraf yang menggunakan unsur-unsur alam yang wujud di persekitaran mereka. Nilai-nilai estetika parang Ilang juga dapat dilihat melalui pemanfaatan sumber alam seperti penggunaan kayu belian (Eusideroxylon Zwageri) pada bahagian sarung parang. Ini menunjukkan bahawa alam sebagai guru atau istilah berfikir dan ideologi di samping simbol ketekunan dan psikologi pembuat parang Ilang. Melalui alam semulajadi, masyarakat Iban membuat kerajinan yang menggunakan sumber alam pada parang Ilang yang menunjukkan nilai estetika dan seni di samping budaya mereka. Kata Kunci: Parang Ilang, Estetika, Seni, Falsafah Alam Takambang Jadi Guru, Budaya Masyarakat Iban |