Taburan Parasit Anura dan Indeks Kualiti Air di Kawasan Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya

Autor: Hani Kartini Agustar, Amatul Hamizah Ali, Norhayati Ahmad, Muhammad Zulfadhli Nasiruddin Lim
Rok vydání: 2022
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 51:3449-3461
ISSN: 2735-0118
0126-6039
Popis: Populasi anura (katak) di sesuatu ekosistem boleh menjadi penunjuk biologi bagi tahap kebersihan. Populasi yang rendah atau kadar kematian anura yang tinggi di sesuatu persekitaran menunjukkan ekosistem kawasan tersebut adalah tidak stabil, contohnya akibat pencemaran air atau kadar jangkitan parasit yang tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepelbagaian spesies anura, mengenal pasti taburan parasit yang menjangkiti anura di kawasan tasik dan Tanah Bencah Putrajaya dan menentukan hubungan antara indeks kualiti air dengan taburan parasit dan anura. Sebanyak 74 ekor katak telah ditangkap sepanjang tempoh persampelan yang tergolong daripada lima famili dan enam spesies yang berbeza. Indeks kepelbagaian Shannon menunjukkan stesen LE, UN, UW, P.7 dan P.10 mempunyai nilai indeks kepelbagaian iaitu 1˗3 bermaksud kepelbagaian spesies anura adalah sederhana. Sebanyak 2437 ekor parasit telah ditemui pada semua 74 ekor katak yang telah dibedah dalam kajian ini. Anggaran 86.5% katak di kawasan Putrajaya telah dijangkiti parasit. Status indeks kualiti air bagi kesemua stesen Putrajaya adalah bersih hingga sederhana bersih (kelas II hingga III). Ujian Kruskal-Wallis mendapati bahawa taburan parasit pada anura di setiap stesen UE, UW, UN, LE, CW, P.7 dan P.10 adalah tidak signifikan (X² =9.28; df=6; p>0.05). Ini bermaksud tiada perbezaan signifikan antara taburan parasit pada anura di setiap kawasan dan jangkitan parasit ini adalah tidak dipengaruhi oleh indeks kualiti air di sesuatu stesen kajian.
Databáze: OpenAIRE