Beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia dalam skrip drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ karya Noordin Hassan

Autor: Intan Zahariah Gaisun, Arba'ie Sujud
Rok vydání: 2019
Zdroj: Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature. 10:1-11
ISSN: 2600-8696
1823-6812
Popis: Model teater fitrah merupakan satu kerangka dalam menentukan fitrah sesebuah teater. Dalam hal ini, model teater fitrah merupakan acuan daripada prinsip teater fitrah yang dikemukakan Noordin Hassan. Ironinya, model teater fitrah merupakan satu model yang telah dikembangkan bersandarkan kepada prinsip teater fitrah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya (model dan prinsip) tetap menyalurkan konsep pementasan yang jitu berasaskan agama Islam. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengaplikasikan model teater fitrah terhadap drama “Tiang Seri Tegak Berlima” karya Noordin Hassan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat berdasarkan kepada prinsip yang pertama sahaja iaitu beriman kepada Allah SWT dengan melihat watak dan perwatakan yang terdapat dalam skrip drama tersebut. Berdasarkan kajian lepas, kajian mengenai teater fitrah banyak dilakukan terhadap teater Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Kebanyakannya menyentuh soal konsep teater fitrah tanpa mengaitkan dengan prinsip teater fitrah yang sebenarnya. Hal ini menurut Siti Jasmina Ibrahim (2012) menyatakan perjuangan teater fitrah tidak menyeluruh disambut oleh semua pengkarya, sebaliknya masih ramai yang samar pemahaman. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menganalisis prinsip beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia terhadap drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ karya Noordin Hassan. Kewajaran pemilihan ini dibuat memandangkan Rahmah Bujang (2002) menyatakan bahawa pertama kali Noordin Hassan menimbulkan kesan keislaman dalam arena teater tanah air adalah melalui drama ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’. Kajian ini merupakan kajian analisis teks tanpa menyentuh aspek pementasan. Hasil kajian mendapati teks ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ merupakan teks yang mengaplikasikan prinsip beriman kepada Allah SWT di mana kemenangan berpihak kepada watak protagonis manakala watak antagonis tidak dimenangkan. Dalam hal ini, penyelesaian telah berpihak kepada kebaikan bagi memenangkan ‘amal makruf nahi mungkar’.
Databáze: OpenAIRE