The Identity of Baba Peranakan in the Straits Settlements

Autor: Ding Choo Ming
Rok vydání: 2014
Předmět:
Zdroj: 동남아연구. 24:1-32
ISSN: 1225-4738
DOI: 10.21485/hufsea.2014.24.2.003
Popis: Interaksi intim antara peranakan baba dengan kebudayaan Melayu berakhirkan tidak sahaja pengadunan, pencampuran dan penyesuaian unsur kebudayaan, tetapi juga penciptaan konfigurasi kebudayaan yang unik kepada peranakan baba.. Perkembangan itu telah membuat sarjana bingung mencari istilah yang boleh memberi pengertian yang tepat tentang perkembangan yang berlaku itu. Proses pengadunan itu bukan sahaja melibatkan artifak budaya secara fizikal, tetapi juga kontak budaya yang menyebabkan transfromasi itu. Antara ciri yang menonjol dalam kalangan peranakan baba yang berjaya, terutamanya yang kaya raya, ialah meniru gaya hidup orang putih. Imej tipikal mereka adalah suka memakai kot barat, bercakap bahasa Inggeris, mempunyai kereta yang berpandu, bermain kriket, menjadi ahli kelab, minum arak, berdansa dan berpesta. Namun, inti pati kebudayaan peranakan baba adalah identiti baru yang tidak dijumpai pada orang dan dalam kebudayaan Cina totok kerana proses pengadunan dan penyesuaian secara kreatif.
Databáze: OpenAIRE