Tinjauan Pengetahuan, Faktor Dan Kesan Pelaksanaan Set Induksi Dalam Kalangan Mahasiswa Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Autor: Nur Faaizah Md Adam, Norfaizah Abdul Jobar, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Sherly Sandy
Rok vydání: 2021
Zdroj: Asian Pendidikan. 1:63-72
ISSN: 2805-4350
2735-2331
DOI: 10.53797/aspen.v1i1.8.2021
Popis: Penulisan ini meninjau pengetahuan mahasiswa terhadap pemilihan set induksi dalam pengajaran Bahasa Melayu dan faktor pemilihan set induksi yang kreatif. Selain itu, kajian ini juga meninjau kesan pelaksanaan set induksi kreatif oleh mahasiswa semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seramai 110 mahasiswa program Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadikan sampel dalam kajian ini. Reka bentuk kajian berbentuk gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Proses kajian dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik dan analisis video pengajaran. Hasil kajian mendapati mahasiswa mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi tentang pelaksanaan set induksi dalam pengajaran. Bukan itu sahaja, mahasiswa turut menitikberatkan beberapa faktor sebelum melaksanakan set induksi iaitu dimulakan dengan faktor fleksibiliti, keunikan, kewajaran, kesesuaian dan faktor paling kurang diambil kira adalah faktor keaslian. Penjelasan tentang huraian faktor ini ada dinyatakan pada bahagian hasil kajian. Akhir sekali, mahasiswa turut menyatakan kesan yang positif terhadap pelaksanaan set induksi dalam sesi pengajaran mereka. Penulisan ini dapat meninjau pengetahuan dan kefahaman mahasiswa sebagai bakal guru tentang set induksi serta memperlihatkan kesinambungan respon murid dan guru terhadap set induksi yang kreatif.
Databáze: OpenAIRE