Gaya Pengurusan Konflik Guru Besar
Autor: | Lokman Mohd Tahir, Mohd Anuar Abd Rahman, Normah Abd Kadir |
---|---|
Rok vydání: | 2012 |
Předmět: | |
Zdroj: | Jurnal Teknologi. |
ISSN: | 2180-3722 0127-9696 |
DOI: | 10.11113/jt.v48.249 |
Popis: | Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan lima kaedah pengurusan konflik yang dikemukakan dalam model Thomas–Kilmann, iaitu gaya persaingan, kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Populasi kajian adalah 88 orang guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden. Bagi menganalisis dapatan kajian ini, dua jenis statistik yang digunakan, iaitu statistik deskriptif mendapatkan jumlah skor, min dan peratus. Manakala statistik inferensi untuk pengujian hipotesis, iaitu menggunakan Ujian–t dan ANOVA. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa min pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang paling digemari manakala gaya persaingan adalah gaya pengurusan yang paling kurang digemari. Data daripada pengujian hipotesis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, taraf akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru besar dan keterlibatan kursus pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru. Kata kunci: Guru besar; pengurusan konflik; gaya kolaborasi; gaya akomodasi; gaya bersaing Conflict is a natural phenomenon faced by every individual in their communication process and interaction with others. Every individual has his/her own way of dealing with conflicts. In this research, consisted of five conflict management styles which were adapted from Thomas–Kilmann Model i.e competitive conflict management, accommodation, tolerance, collaboration and eluding were assessed. Respondents from this study were 88 head teachers from primary schools in Johor Bahru district. Two main statistics were used which descriptive statistics while inferential statistics were also being in testing the hypotheses. Descriptive analyses indicated that collaboration style was the most popular whereas competitive style was the least popular. The result of hypotheses testing indicated that there were no significant differences between sex, age, marital status, academic educational level and length of service as head of school and with conflict management styles among the heads of primary school studied. Key words: Head teachers; conflict management; collaboration style; accommodation style; competitive style |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |