Popis: |
Teaching and learning al-Quran for visually impaired people (OKU) is not something that can be taken lightly. Therefore, this paper will discuss about Iqra’ Braille 1 that has been transcribed by a few researchers from Universiti Sains Islam Malaysia. This study was conducted using qualitative approach by analyzing Iqra’ Braille 1 in term of the contents, guidelines, activities as well as the performances. The objectives of this study are: i) to identify the suitability of Iqra’ Braille 1 as the foundation in teaching al-Quran for visually impaired people, ii) to identify the suitability of guidelines and activities in Iqra’ Braille 1 as the foundation in teaching al-Quran for visually impaired people, and iii) to analyze the compatibility of presentations of Iqra’ Braille 1 for visually impaired people. The study found that the content, guidelines, activities and presentations of Iqra’ Braille 1 are suitable as the foundation in teaching al-Quran for visually impaired people, but there’s some improvement must be made to adjust the usability and compatibility of Iqra’ Braille 1 with the ability of visually impaired people. Future researchers are suggested to study about the ability and the time taken by visually impaired people in completing the syllabus of Iqra’ Braille 1. ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran al-Quran bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Justeru, kertas kerja ini akan membahaskan mengenai Iqra’ Braille yang telah ditranskripsikan oleh beberapa penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menganalisa buku Iqra’ Braille 1 dari aspek isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Objektif kajian ini adalah 1) mengenalpasti kesesuaian isi kandungan Iqra’ Braille 1 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, 2) mengenalpasti kesesuaian panduan dan aktiviti yang terdapat dalam Iqra’ Braille 1 sebagai pengenalan asas al-Quran kepada golongan OKU penglihatan, dan 3) mengkaji kesesuaian persembahan Iqra’ Braille 1 bagi golongan OKU penglihatan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan Iqra’ Braille 1 sesuai digunakan sebagai permulaan pengajaran al-Quran bagi OKU penglihatan dari sudut isi kandungan, panduan dan aktiviti serta persembahan. Iqra’ Braille 1 juga sangat membantu OKU penglihatan dalam mempelajari al-Quran. Namun begitu terdapat beberapa penambahbaikan yang harus dilakukan bagi menyesuaikan penggunaan Iqra’ Braille 1 dengan keupayaan golongan OKU penglihatan. Para penyelidik masa hadapan dicadangkan untuk mengkaji sudut kemampuan dan tempoh yang diambil oleh pelajar golongan OKU penglihatan dalam menghabiskan silibus pembelajaran Iqra’ Braille 1. |