Penyebaran Dialek Melayu Di Langkawi: Analisis Geolinguistik (The Distribution of Malay Dialects in Langkawi: A Geolinguistic Analysis)

Autor: Harishon Radzi, Junaini Kasdan, Maizatul Hafizah Abdul Halim, Nor Hashimah Jalaluddin
Rok vydání: 2017
Předmět:
Zdroj: GEMA Online® Journal of Language Studies. 17:159-178
ISSN: 2550-2131
1675-8021
Popis: Kajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal ‘daun kari’ dan ‘daun kesum’ dalam dialek Melayu Kedah di Pulau Langkawi telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik telah digabungkan bersama dengan faktor bukan bahasa seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Seramai 90 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan perisian Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan varian bagi kedua-dua leksikal yang dikaji. Selain itu, perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya dipetakan dengan bantuan teknik chloropleth . Seterusnya, penerapan perisian GIS ini telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran varian leksikal di Langkawi. Hasil kajian ini telah dapat membuktikan secara saintifik bahawa kawasan mukim Padang MatSirat, Bohor dan Kuah adalah kawasan asal penutur dialek Melayu Langkawi, manakala Ayer Hangat dan Ulu Melaka mempunyai paling ramai penutur dialek Melayu Satun. Seterusnya, di mukim Kedawang pula terdapat penduduk yang menuturkan dialek Melayu Patani. Penyebaran ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor sejarah, geografi dan sosiobudaya. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan kehadiran teknologi GIS dan pendekatan multidisiplin. Kata kunci: dialek; GIS; varian leksikal; geolinguistik; ruang ABSTRACT Previous studies of geography dialect in Malaysia gave some general informations about the distribution of Malay dialects based on phonological and lexical differences. These works established the basis of geolinguistic study today. The present study examines the realizations of linguistic variants of two lexical items, namely 'curry leaves' and 'kesum leaves' in the dialects of Malay spoken in Langkawi Island. Based on the geolinguistic analysis, linguistic elements is incorporated with non-linguistic features, such as topography, delineation, migration and history. A total of 90 respondents have been selected comprising of teenagers, adults and the elderly. The elicited data are analyzed and processed by the Geographic Information System (GIS) software. The study has accomplished its main objective, that is, to identify the use of linguistic variants of the two lexical items. Additionally, the comparison and distribution of lexical variants of each lexical item have been successfully mapped into chloropleth technic. Consequently, the application of GIS software displays the geographical factors that govern and determine the distribution of those variants in Langkawi. The findings demonstrate that Padang MatSirat, Bohor and Kuah are the native areas of Langkawi Malay, meanwhile in Ayer Hangat and Ulu Melaka most of the respondents speak Satun Malay. Subsequently, in Kedawang district, the people converse in Patani Malay. The distribution of these dialects is determined by historical, geographical and socio-cultural factors. The present study is more elegant, systematic and convincing because it is supported by GIS technology and multidisciplinary approach. Keywords: dialect; GIS; lexical variants; geolinguistic; spatial
Databáze: OpenAIRE