Pandemik COVID-19: Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pendidikan Khas di Malaysia

Autor: Azman Ab Rahman Rahman, null Nurul Nadia Nozlan, null Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi, null Muhammad Firdaus Ab Rahman, null Mohamad Anwar Zakaria
Rok vydání: 2021
Zdroj: Ulum Islamiyyah. 33:271-288
ISSN: 2289-4799
1675-5936
Popis: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu COVID-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, temu bual dan pemerhatian dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU sewaktu bencana berlaku seperti COVID-19 ini.
Databáze: OpenAIRE