Autor: |
Ahmad Shah Pakeer Mohamed, Muhamad Ridzuan Hashim, Mohamed Fajil Abdul Batau |
Rok vydání: |
2021 |
Zdroj: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6:477-489 |
ISSN: |
2504-8562 |
DOI: |
10.47405/mjssh.v6i11.1190 |
Popis: |
Melihat kepada konsep persekitaran serantau bagi golongan fahaman realis, sistem antarabangsa itu sendiri merupakan satu keadaan yang terdedah kepada ancaman keselamatan dan persaingan kuasa. Dengan ini ia memerlukan proses keseimbangan kuasa bagi menjamin keselamatan negara-negara dalam sistem antarabangsa. Keadaan ini kerana bagi realis isu keselamatan sesebuah negara merupakan perkara penting dan kepentingan keselamatan negara dalam sistem antarabangsa adalah untuk mempertahankan sempadan wilayah dan melindungi nilai-nilai utamanya. Dalam konteks Malaysia, tidak dinafikan persaingan kuasa juga memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan pertahanan negara. Persaingan antara kuasa besar dan ketidaktentuan kuasa besar dunia sememangnya mengubah dimensi dan cabaran negara dalam mempertahankan kepentingan negara. Melihat dari keadaan sistem antarabangsa, menerangkan hubungan kuasa-kuasa besar menjadi semakin sukar diramal. Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 1957 dalam situasi persaingan kuasa ketika era Perang Dingin. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan serta pembangunan angkatan tentera negara di dalam mencari kaedah yang baik bagi mengekalkan survival keselamatan negara di rantau Asia Tenggara. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|