Scale–up of Stirred and Aerated BioengineeringTM Bioreactor Based on Constant Mass Transfer Coefficient

Autor: Firdausi Razali, Mohd. Nazrul Hisham Zainal Alam
Rok vydání: 2005
Předmět:
Zdroj: Jurnal Teknologi. 43
ISSN: 2180-3722
0127-9696
DOI: 10.11113/jt.v43.789
Popis: Kajian penskalaan naik dilaksanakan dengan berdasarkan pekali pemindahan oksigen, k L a malar menerusi penggunaan bioreaktor teraduk berudara yang diskala naik daripada 16 l kepada 150 l. Dengan menggunakan teknik penyingkiran gas secara statik, nilai k L a dikira bagi laju pendesak dan kadar alir udara yang berbeza, pada pelbagai kelikatan dan suhu bioreaktor teraduk Bioengineering TM 16 l dan 150 l. Sekaitan empirik digunakan untuk menyekait dan mengkaji kebergantungan k L a terhadap kuasa masukan tentu dan halaju permukaan udara. Bagi memalarkan k L a ketika pengskalaan naik daripada 16 l kepada 150 l, kuasa masukan tentu dan halaju permukaan udara tidak dapat dikekalkan. Dengan itu, penyelarasan harus dilakukan. Berdasarkan keputusan uji kaji pada 150 l, kuasa masukan tentu daripada 0.0001 kepada 4.2 kW/m 3 dan halaju permukaan udara yang berjulat 9 × 10–4 m/s hingga 7 × 10–3 m/s yang dikaji, didapati menghasilkan nilai k L a yang setanding dengan nilai yang diperoleh daripada skala 16 l. Sehubungan itu, faktor penskalaan naik yang diperoleh ialah 0.28 bagi laju pendesak dan 3.1 bagi kadar alir udara. Keputusan setanding yang diperoleh daripada kedua–dua skala tersebut mengesahkan bahawa protokol penskalaan naik mampu berfungsi dengan baik. Kata kunci: Pemindahan oksigen, sekaitan empirik, bioreaktor teraduk, penskalaan naik The scale–up studies based on the constant oxygen transfer coefficient, k L a from 16 l to 150 l of aerated and agitated bioreactor were performed. By employing the static gassing out techniques, the k L a values were calculated at different sets of impeller speeds and air flow rates performed in various viscosities and temperatures in the 16 l and 150 l Bioengineering TM stirred bioreactor. Empirical correlation was employed to correlate and investigate the dependence of k L a on specific power input and superficial air velocity. In maintaining a constant k L a upon scale–up from 16 l to 150 l the specific power input and the superficial air velocity cannot be maintained, thus an adjustment has to be done. From the experimental results at 150 l, it was discovered that the specific power input from 0.0001 to 4.2 kW/m 3 and superficial air velocity within the range of 9 × 10–4 m/s to 7 × l0–3 m/s employed gave a comparable k L a values achieved at 161 scale. Hence, the calculated scaling–up factor for impeller speed and air flow rate were 0.28 and 3.1, respectively. The comparable results obtained from both scales confirmed that the scale–up protocol developed works. Key words: Oxygen transfer, empirical relationship, stirred bioreactor, scale-up
Databáze: OpenAIRE