Kesan Rawatan Krim Ekstrak Air Kacip Fatimah (Labisia pumila) terhadap Analisis Gen yang Terlibat dengan Proses Penyembuhan Luka melalui Kajian in vitro Model Kulit Manusia 3D dan in vivo Model Tikus
Autor: | Siti Muneerah Mohd Abd Rahman, Afiqah Shafify Amran, Nur Shazwani Mohd Pilus, Isa Naina Mohamed, Nurul Yuziana Mohd Yusof |
---|---|
Rok vydání: | 2021 |
Předmět: | |
Zdroj: | Sains Malaysiana. 51:2595-2608 |
ISSN: | 2735-0118 0126-6039 |
Popis: | Kajian ini melaporkan kesan rawatan bagi dua sediaan krim yang masing-masing mengandungi 1% ekstrak air bagi dua varieti L. pumila iaitu var. alata dan var. pumila terhadap penyembuhan luka melalui uji kaji menggunakan model tikus dan model kulit manusia 3D EpidermFull Thickness (Mat Tek, USA) melalui penentuan penutupan luka dan analisis pengekspresan gen terpilih bagi mekanisme penyembuhan luka tisu kulit (gen TGF-1, IL-6, EGF, CBL dan COL3A1 untuk tikus; gen IL-10, TGFb-1 dan COL3A1 untuk manusia) menggunakan pendekatan tindak balas berantai polimerase kuantitatif (qPCR). Selepas rawatan, kawasan luka pada kulit bahagian atas badan tikus diukur pada hari ke-2, ke-5 dan ke-8, serta disampel untuk analisis pengekspresan gen. Bagi uji kaji in vitro tisu binaan kulit manusia, perubahan terhadap setiap lapisan luka yang dibuat pada binaan tisu kulit tersebut dicerap melalui pemerhatian histologi dan dianalisis bagi profil pengekspresan gen berdasarkan sela hari ke-2, ke-5 dan ke-6. Rawatan krim ekstrak air L. pumilakedua-dua varieti didapati hanya berkesan membantu penutupan luka bagi tikus betina iaitu 79.58% bagi var. alata pada hari ke-5 rawatan dan 75.97 dan 95.04% bagi var. pumila masing-masing pada hari ke-5 dan ke-8 rawatan tetapi tidak berkesan kepada tikus jantan. Namun begitu, dari segi tempoh penutupan luka lengkap, didapati kesemua rawatan menunjukkan luka ditutup lebih cepat berbanding kawalan (17 hari) iaitu di antara 12 sehingga 13 hari. Analisis gen bagi sampel luka tikus menunjukkan peningkatan aras gen hanya melibatkan gen IL-6 untuk tikus jantan yang dirawat dengan L. pumilavar. alata iaitu sebanyak 1722784 salinan mRNA pada hari ke-2 rawatan, gen CBL untuk tikus betina yang dirawat dengan L. pumilavar. alata berjumlah 46137 salinan mRNA pada hari ke-5, dan gen COL3A1 bagi rawatan L. pumilavar. alata untuk kedua-dua kumpulan jantina, iaitu masing-masing 2.44×108 salinan mRNA (betina) dan 3.91×108 salinan mRNA (jantan). Berdasarkan pemerhatian histologi sampel luka model kulit manusia 3D, rawatan kedua-dua varieti L. pumila menunjukkan kesan pengunjuran sel daripada kawasan luka pertumbuhan tetapi analisis gen tidak menunjukkan perubahan yang tidak signifikan terhadap gen kajian. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat menunjukkan potensi L. pumiladalam penyembuhan luka tetapi perlu dimantapkan lagi pada masa hadapan melalui strategi uji kaji in vivo dan in vitro yang lebih optimum. |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |