Elemen Pengurusan Kelas Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam Di Politeknik

Autor: Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Ahmad Firdaus Mohd Noor, Nurul Khairiah Khalid, Muhd Imran Abd Razak, Mohd Farhan Abd Rahman, Mukhamad Khafiz Abd Basir, Khairunnisa A Shukor, Kamarul Azmi Jasmi
Rok vydání: 2020
Zdroj: Jurnal Intelek. 15:162-173
ISSN: 2682-9223
2231-7716
Popis: Artikel ini membincangkan elemen pengurusan kelas yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) sebagai seorang pendidik di politeknik. Pendekatan kajian ini menggunakan sepenuhnya kajian kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Seramai enam orang Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam dipilih sebagai peserta kajian temu bual ini dan disokong oleh tiga orang Ketua Unit Pendidikan Islam, 12 orang rakan pensyarah, dan 12 orang pelajar. Seterusnya data temu bual ini ditriangulasikan dengan dapatan data yang dikumpul dari pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis kajian ini menggunakan perisian N’Vivo 7.0 bagi menghasilkan tema dan ciri pengurusan kelas Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam di politeknik sehinggalah membentuk pola. Hasil kajian menunjukkan terdapat 13 elemen pengurusan kelas yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam di politeknik. Semua elemen ini dimiliki oleh sebahagian besar PCPI dan mencapai tahap pola, iaitu mengingati dan memanggil nama pelajar,mengaitkan pelajar dengan PdP, memahami keadaan pelajar, tegas pada tempat, memberi teguran secara berhikmah, mendekatkan diri dengan pelajar, meninggikan suara, pensyarah datang awal, mencari penyelesaian, menggunakan unsur jenaka, penekanan adab belajar, tidak menekankan hukuman dan tidak mengabaikan pelajar bukan Islam. Kata kunci: Pengurusan Kelas, Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam, Politeknik.
Databáze: OpenAIRE