Autor: |
Khairi Khairuddin, Mohd Hilmi Bakar, Siti Nur Izyandiyana Ab Hadi, Nur Shazana Abdul Rani, Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Mohd Sufiean Hassan, Abdul Rauf Ridzuan, Jamilah Ahmad, Nurzali ISMAILIsmail, Mohamad Hafifi Jamri |
Rok vydání: |
2022 |
Zdroj: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7:e001428 |
ISSN: |
2504-8562 |
Popis: |
Penggunaan papan tanda sebagai medium penyampaian maklumat sudah tidak asing lagi di negara ini. Kempen-kempen kesihatan di negara ini turut tidak ketinggalan menggunakan platform ini sebagai salah satu agen penyebarluasan informasi kepada masyarakat. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menilai impak penggunaan papan tanda sebagai medium promosi Kempen Penyalahgunaan Dadah. Reka bentuk kajian keratan rentas kuantitatif digunakan bagi kajian ini. Sejumlah 50 orang responden yang terdiri daripada belia berusia 18 hingga 29 tahun telah direkrut sebagai sampel kajian dari kawasan negeri Pulau Pinang. Hasil kajian rintis ini menunjukkan bahawa penggunaan papan tanda sebagai medium promosi bahaya penyalahgunaan dadah mempunyai keberkesanan kepada golongan belia. Penambahbaikan dari segi kreativiti persembahan kandungan dalam papan tanda boleh terus dijalankan bagi meningkatkan impak medium ini kepada masyarakat. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|