Keratitis Acanthamoeba di Malaysia

Autor: Mohamed Kamel Abdul Ghani, Anisah Nordin, Noraina Ab Rahim, Irdawati Azhar, Norazah Ahmad, Yusof Suboh, Haliza Abdul Mutalib
Rok vydání: 2018
Předmět:
Zdroj: Sains Malaysiana. 47:1563-1569
ISSN: 0126-6039
DOI: 10.17576/jsm-2018-4707-26
Popis: Acanthamoeba spp. merupakan ameba hidup bebas yang tersebar luas di persekitaran. Ameba ini menyebabkan penyakit keratitis terutamanya kepada individu yang memakai kanta sentuh terkontaminasi atau mempunyai sejarah trauma pada mata. Tujuh puluh empat sampel kikisan kornea pesakit keratitis daripada 4 buah hospital di sekitar Lembah Kelang telah dikultur untuk menemukan Acanthamoeba spp. Keputusan kajian mendapati Acanthamoeba spp. berjaya dipencilkan daripada 14.87% sampel kikisan kornea pesakit keratitis. Berdasarkan kajian ini, kesemua pesakit keratitis Acanthamoeba adalah merupakan pemakai kanta sentuh yang majoritinya (90.9%) terdiri daripada kaum wanita. Kanta sentuh lembut terlibat dalam 90.9% kes manakala jenis kanta separa keras cuma satu kes 9.1%. Kesemua 11 pencilan Acanthamoeba yang dipencilkan adalah daripada kumpulan polyphagids yang biasanya patogenik kepada manusia dan menyebabkan jangkitan ini. Kegagalan pengguna kanta sentuh mengamalkan tahap kebersihan kanta sentuh yang baik merupakan faktor risiko yang penting dalam kejadian keratitis Acanthamoeba di Malaysia.
Databáze: OpenAIRE