BI’AH LUGHAWIYYAH DAN PENCAPAIAN PELAJAR DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA: PERANAN SIKAP PELAJAR SEBAGAI MEDIATOR
Autor: | Mohammad Rusdi Ab Majid, Che Mohd Zaid, Mohammad Ibrahim Al Jarrah, Mohd Ala-uddin Othman, Zawawi Bin Ismail, Abdul Wahid Salleh |
---|---|
Rok vydání: | 2019 |
Zdroj: | Journal of Nusantara Studies (JONUS). 4:70-100 |
ISSN: | 0127-9386 0127-9319 |
DOI: | 10.24200/jonus.vol4iss2pp70-100 |
Popis: | Bi’ah lughawiyyah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia masih berada pada tahap rendah dan kurang memuaskan. Justeru, keperluan untuk mengkaji faktor – faktor penentu penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah sangat penting kerana penguasaan bahasa Arab merupakan petunjuk penting kepada kejayaan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengaruh bi’ah lughawiyyah terhadap pencapaian pelajar serta peranan sikap pelajar sebagai mediator dalam hubungan di antara bi’ah lughawiyyah dan pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan. Data kajian dikumpulkan dengan mengedarkan set soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada beberapa kajian terdahulu. Seramai 494 orang pelajar di lapan buah universiti awam Malaysia yang menawarkan kursus sarjana muda bahasa Arab terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bentuk iaitu analisis deskriptif statistik dan statistik inferensi. Kajian ini juga turut menjalankan analisis faktor iaitu analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA). Data kajian dianalisis dengan bantuan perisian SPSS dan perisian Structural Equation Modelling - Partial Least Square (Smart – PLS 3). Berdasarkan hasil analisis data, kajian ini menemukan bahawa bi’ah lughawiyyah (komponen psikososial dan fizikal) secara positif dan signifikan mempengaruhi pencapaian pelajar dan sikap pelajar berperanan sebagai mediator dalam hubungan di antara bi’ah lughawiyyah (komponen psikososial) dan pencapaian pelajar. Kata Kunci: Bi’ah Lughawiyyah, mediator, pencapaian pelajar, sikap pelajar, universiti awam Malaysia ABSTRACT Bi'ah lughawiyyah plays an important role in the process of teaching and learning to enhance Arabic language proficiency among students. Mastery of Arabic among Malaysian students is still low and unsatisfactory. Hence, the need to examine the determinants of Arabic language proficiency among students is very important because the mastery of Arabic is an important indicator of the success of the students. The purpose of this study was to investigate the influence of lughawiyyah on the student achievement and the role of the student as a mediator in the relationship between lyaawiyyah and student achievement. This study uses quantitative research methods in the form of cross sectional. The data were collected by distributing set of questionnaire adapted and modified from some previous studies. A total of 494 students in eight Malaysian public universities who offer Arabic undergraduate courses are involved in this study. The data analysis method used in this study consisted of two forms, namely statistical descriptive analysis and inferential statistics. This study also carried out factor analysis, namely factor exploration analysis (EFA) and factor validation analysis (CFA). The data were analyzed using SPSS-22 and Structural Equation Modeling - Partial Least Square (Smart - PLS 3). Based on the results of the data analysis, this study finds that bi'ah lughawiyyah (psychosocial and physical components) positively and significantly influences students 'achievement and students' attitude as mediators in the relationship between the lughawiyyah (psychosocial component) and student achievement. Keywords: Bi’ah Lughawiyyah, Malaysian public university, mediator, student achievement, student attitude Cite as: Zaid, C. M., Ismail, Z., Al Jarrah, M. I., Ab Majid, M. R., Othman, M. A., & Salleh, A. W. (2019). Bi’ah Lughawiyyah dan pencapaian pelajar di universiti awam Malaysia: Peranan sikap pelajar sebagai mediator [Bi’ah Lughawiyah and achievement of students at Malaysian public university: The role of students as a mediator]. Journal of Nusantara Studies, 4(2), 70-100. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss2pp70-100 |
Databáze: | OpenAIRE |
Externí odkaz: |