Microbial Consortia from Residential Wastewater for Bioremediation of Phenol in a Chemostat

Autor: Firdausi Razali, Norhani Jusoh
Rok vydání: 2012
Předmět:
Zdroj: Jurnal Teknologi.
ISSN: 2180-3722
0127-9696
DOI: 10.11113/jt.v48.233
Popis: Kajian ini bertujuan menilai potensi penggunaan konsortium mikrob dari air sisa buangan kediaman untuk penguraian fenol, pencemar umum daripada industri. Konsortium tersebut diuji dengan muatan mengejut dan kepekatan fenol yang berbeza di dalam kultur selanjar. Dalam uji kaji muatan mengejut, 1000 bahagian per juta (bpj) fenol disuap ke dalam 1.5 liter isipadu kerja bioreaktor. Kultur yang teradaptasi menunjukkan afiniti terhadap fenol 17 kali ganda lebih tinggi (Ks = 173 bpj) dan mengandakan kadar pertumbuhan (μ maks = D c =0.04 j -1 ) berbanding kultur yang tidak teradaptasi. Pengurangan fenol untuk kedua-dua kes adalah hampir sama iaitu lebih kurang 60%. Penguraian oleh pelbagai jenis bakteria yang terdapat di dalam kultur yang tidak teradaptasi adalah setanding dengan yang teradaptasi walaupun dengan bilangan jenis bakteria yang lebih rendah. Kesan dua kepekatan masukan iaitu 200 bpj and 1000 bpj telah dikaji pada kadar pencairan malar 0.02 j -1 . Suapan pada kepekatan 200 bpj memberikan pengurangan sebanyak 97% berbanding hanya 57% untuk kepekatan 1000 bpj. Keputusan ini telah menyokong keputusan kesan rencatan pada kepekatan yang melebihi 500 bpj seperti yang diperolehi dalam kultur kelompok sebelum ini. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti parameter yang penting untuk penguraian fenol dan amat berguna untuk skala yang lebih besar pada masa depan dan juga sebagai percubaan di tapak industri. Kata kunci: Adaptasi, air sisa buangan kediaman, fenol, penguraian, selanjar The study aimed at evaluating the potential of employing microbial consortia from residential wastewater to degrade phenol, a common industrial pollutant. The consortia was subjected to high shock loads and different levels of phenol in continuous cultures. In the shock load study with 1000 ppm phenol in a 1.5 litre working volume chemostat, the culture with prior acclimatization to phenol demonstrated 17 times higher affinity towards phenol (i.e. K s = 173 ppm). This resulted in double growth rate (μ max = D c =0.04 h -1 ) compared to non-acclimatized culture. However, the levels of phenol reduction in both cases were almost identical, approximately 60%. This indicated that the performance of different types of bacteria present in the non-acclimatized culture which was comparable to the acclimatized culture although with less number of microbe types. The effects of two loading concentrations, namely 200 ppm and 1000 ppm were examined at constant dilution rate of 0.02 h -1 . The feeding of 200 ppm exhibited 97% of phenol reduction in comparison to only 57% of 1000 ppm. This result reconfirmed the inhibitory effect of phenol reduction at concentration above 500 ppm as previously determined in batch culture. The study has successfully established key operating parameters and provided a useful guideline for future up-scaling studies and site trials. Key words: Acclimatization, continuous, degradation, phenol, residential wastewater
Databáze: OpenAIRE