Mengadaptasi Matlamat Pembangunan Lestari 1 (SDG 1) 'Tiada Kemiskinan' bagi Membanteras Fenomena Pengemis Kanak-kanak di Malaysia

Autor: Nur Natasha Eiman Abdullah, Nurul Hidayat Ab Rahman
Rok vydání: 2023
Předmět:
Zdroj: Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia. 35:69-94
ISSN: 2682-8057
0128-2670
DOI: 10.37052/kanun.35(1)no4
Popis: “Tiada Kemiskinan” (SDG 1) ialah sasaran pertama daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari 2030 yang menjadi tunjang utama bagi pelaksanaan hak asasi yang lain seperti hak untuk hidup, kesihatan, pendidikan, penyertaan dan lain-lain untuk golongan kanak-kanak. Pengemis kanak-kanak khususnya adalah antara golongan rentan yang terkesan dari segi perlindungan hak asasi kerana ketidakstabilan ekonomi menyebabkan golongan ini berhadapan dengan diskriminasi sosial, ekonomi dan persekitaran. Makalah ini dihasilkan untuk menganalisis tahap perlindungan undang-undang terhadap pengemis kanak-kanak di Malaysia menurut Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] bagi melihat kelemahan yang boleh ditambah baik melalui pengadaptasian SDG 1. Penulisan ini ialah penyelidikan undang-undang tulen yang menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan. Kelemahan dalam aspek perlindungan yang dikenal pasti ialah undang-undang yang lapuk dan tidak relevan, ketiadaan data lengkap pengemis kanak-kanak dan inisiatif pembasmian kemiskinan yang tidak berkesan. Oleh sebab itu, makalah ini mencadangkan pengharaman aktiviti mengemis oleh kanak-kanak melalui penggubalan undang-undang baharu, pembentukan dasar bagi menghapuskan kemiskinan serta peningkatan perkhidmatan kebajikan bagi kanak-kanak.
Databáze: OpenAIRE