Hubungan antara Ketagihan Media Sosial dengan Pencapaian Akademik: Kajian di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Autor: Ida Nadiera Ngahdiman, Ratna Roshida Ab. Razak
Rok vydání: 2021
Zdroj: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 6:54-62
ISSN: 2504-8562
DOI: 10.47405/mjssh.v6i7.878
Popis: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara ketagihan media sosial dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia. Terdapat 125 orang pelajar tahun akhir yang terlibat dalam kajian ini. Pemilihan responden dilakukan melalui convenient sampling. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik. Social Media Addiction Scale- Student Form telah digunakan untuk mengukur tahap ketagihan media sosial. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) digunakan untuk mengukur tahap pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian menunjukkan media sosial yang sering digunakan oleh pelajar ialah aplikasi Whatsapp (84%), Instagram (55.2%) dan Youtube (44%). Kebanyakan pelajar menghabiskan masa 5-6 jam (34%) dalam satu hari untuk menggunakan media sosial. Selain itu, kebanyakan pelajar memperoleh PNGK 3.00 sehingga 3.45 (45.6%). Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ketagihan media sosial dan tahap pencapaian akademik (p= 0.696). Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa ketagihan media sosial tidak memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik pelajar. Sebaliknya ia menjadi ‘pecutan momentum’ kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam tempoh pembelajaran. Hal ini juga mungkin kerana penggunaan media sosial hari ini tidak terhad kepada hiburan semata-mata namun lebih daripada itu, seperti ruang untuk melakukan menjalankan perniagaan.
Databáze: OpenAIRE