Cabaran Mengekalkan Kemampanan Radio Kampus di Universiti-Universiti di Malaysia dan Indonesia dalam Era Media Baharu

Autor: Suria Hani A. Rahman, Rosidayu Sabran, Rosninawati Hussin
Rok vydání: 2020
Zdroj: ‘Abqari Journal. 23:98-114
ISSN: 2504-8422
DOI: 10.33102/abqari.vol23no2.354
Popis: Radio kampus atau radio kolej adalah radio berasaskan prinsip radio komuniti, yang menjadi platform latihan untuk pelajar-pelajar universiti menyampaikan maklumat secara kreatif. Bagaimanapun timbul persepsi yang mendapati medium tersebut agak kurang produktif dan diurus secara kurang berkesan. Justeru, menjadi antara punca minat warga kampus yang rendah untuk mendengar siaran radio kampus. Apakah cabaran dan usaha yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kemampanan radio kampus khususnya dalam era media baharu? Persoalan kajian tertumpu untuk melihat cabaran yang dihadapi dari sudut pengurusan radio, dan pendekatan-pendekatan lain yang digunakan bagi memastikan operasi radio kampus dilaksana dengan berkesan. Analisis data temubual mendalam dijalankan dalam kalangan 10 ahli produksi daripada 4 buah radio kampus di Malaysia dan Indonesia. Kengkangan kewangan yang amat terhad untuk menguruskan radio kampus menjadi faktor utama hasil kajian utama. Perasaan kepunyaan sebagai alumni sesebuah universiti mendorong mereka lebih bersemangat membantu dan akhirnya menyumbang kepada kemampanan operasi radio kampus di Malaysia dan Indonesia. Program-program radio yang dijalankan adalah bersifat menjana pengetahuan bagi tujuan pendidikan. Kandungan program sesebuah radio juga diubahsuai dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan dana dan strategi promosi bagi meningkatkan jumlah pendengar. Campus radio or college radio is a non-commercial community-based radio, used as a training platform for university students. However, some campus radio were perceived as unproductive and managed unsystematically. Thus, leading to the campus community’s low interest in tuning in to the campus radio channel. This article addresses the challenges and measures taken in sustaining the broadcast of campus radio programmes. What kind of constraints does campus radio in Malaysia and Indonesia universities faced and the form of approaches they adopted to ensure the continuation of operation? In-depth interviews with ten members of production team across four campus radio stations in Malaysia and Indonesia were gathered. One of the key result highlights that financial constraints are central to the management of campus radio. The sense of belonging to their “alma mater‟, enticed participation among university alumni, which subsequently, contribute to the sustainability of campus radio in Malaysia and Indonesia. Programmes are mainly for generating knowledge and educational purposes. Programme content was reformed to suit funding and station promotion strategies to elevate radio listenership.
Databáze: OpenAIRE