TINJAUAN AWAL KEBERKESANAN KEMPEN Stay-at-Home TERHADAP MASYARAKAT DI KOTA KINABALU, SABAH

Autor: null SITINURBAYU MOHD YUSOFF, null SYAHRUDDIN AG. AHMAD, null DZURIZAH IBRAHIM, null AISAH MERI, null CYRIL MODILI
Rok vydání: 2021
Zdroj: Jurnal Kinabalu. :197-210
ISSN: 2600-867X
1394-4517
DOI: 10.51200/ejk.vi.3667
Popis: Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak pandemik yang baharu dan sangat berbahaya iaitu penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) yang merupakan strain baharu Coronavirus. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit ini berjangkit daripada individu kepada individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan dan penyakit ini merupakan famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti penyakit MERS-CoV dan SARS-CoV. Penyakit yang melibatkan pernafasan ini mula dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Selepas China, penyakit ini telah merebak ke seluruh dunia dengan pantas dan Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus menular di negara ini. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah menerusi kempen kesedaran awam kepada masyarakat oleh KKM yang dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kempen Stay-at-Home merupakan salah satu daripada kempen kesedaran awam yang terawal diperkenalkan dengan harapan rantaian penyakit berjangkit ini dapat diputuskan. Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan mesej dalam Kempen Stay-at-Home terhadap pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia khususnya di Kota Kinabalu, Sabah. Justeru, berpandukan kepada Teori KAP (Knowledge, Attitude, Practice), satu kajian rintis telah dilakukan terhadap 30 orang responden yang dipilih secara rawak menggunakan instrumen soal selidik dalam talian (Google Form) di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti masyarakat di Kota Kinabalu akur dengan arahan PKP agar terus kekal berada di rumah. Menerusi Kempen Stay-at-Home yang dianjurkan, masyarakat bersetuju dengan arahan untuk bekerja dan belajar dari rumah sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan keluarga dari dijangkiti virus COVID-19. The spread of a new and dangerous pandemic outbreak of Coronavirus 2019 (COVID-19) which is a new strain of Coronavirus has shocked the whole world. Based on information obtained from the website of the Ministry of Health Malaysia (MOH), the disease is transmitted from individual to individual through respiratory droplets or contact and the disease is a viral family that causes various diseases from the flu to more serious diseases such as MERS-CoV and SARS-CoV. This respiratory disease was first detected in Wuhan, China in December 2019. After China, the disease has spread worldwide and the Malaysian Government has taken several steps in an effort to curb the COVID-19 epidemic from spreading in the country. Among the steps taken by the government is through a public awareness campaign by the MOH which has been implemented during the Movement Control Order (MCO). The Stay-at-Home campaign is one of the public awareness campaigns introduced with the hope that this infectious disease chain can be broken. This study was conducted to see the effect of the message in the Stay-at-Home Campaign on the knowledge, attitudes and practices of Malaysian society, especially in Kota Kinabalu, Sabah. Thus, based on KAP Theory (Knowledge, Attitude, Practice), a pilot study was conducted on 30 respondents randomly selected using online questionnaire instruments (Google Form) around Kota Kinabalu, Sabah. The results show that the majority of the community in Kota Kinabalu complies with the instructions of MCO and obeys the instructions to stay at home. Through the organized Stay-at-Home Campaign, the community agreed to instructions to work and study from home to protect themselves and their families from being infected with the COVID-19 virus.
Databáze: OpenAIRE