Autor: |
Nurul Ashikin Zainurdin, Alis Syazmim Abdul Halim, Nahzatush Simaa Jantan, Noor Azuddin Yakob, Muhamad Azry Khoiry, Akmal Sabarudin, Nur Hannan Lokman |
Rok vydání: |
2022 |
Zdroj: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7:e001911 |
ISSN: |
2504-8562 |
DOI: |
10.47405/mjssh.v7i11.1911 |
Popis: |
Pendidikan keusahawanan telah diperkenalkan sejak dulu lagi di institusi pendidikan bagi melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran keusahawanan. Silibus dan kandungan di dalam kursus akademik keusahawanan perlu sentiasa relevan mengikut arus semasa. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti persepsi pelajar prasiswazah terhadap kursus akademik keusahawanan yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 115 orang pelajar prasiswazah yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati persepsi pelajar terhadap kursus tersebut adalah tinggi. Tambahan lagi, analisis korelasi Spearman Rho menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara persepsi dengan niat keusahawanan manakala latar belakang keluarga pelajar mempengaruhi niat menjadi usahawan. Namun begitu, tiada perbezaan signifikan niat keusahawanan antara pelajar lelaki dan perempuan. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|