Kepentingan Ilmu Perbandingan Agama dalam Modul Pengurusan Mualaf di Negeri Sembilan: Analisis Perspektif Da’i dan Mad’u

Autor: Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd Subri, Mahazan Abdul Mutalib @ Taib, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Rok vydání: 2018
Zdroj: Journal of Fatwa Management and Research. 6:65-85
ISSN: 0127-8886
2232-1047
Popis: This article discusses the importance of comparative religion in the mualaf management module in Negeri Sembilan from the perspectives of both: Mad'u and Da'i. Comparative religion is a discipline of study which discusses comparatively the histories, beliefs, practices, ethics and many other religious aspects between two or more religions. In the Islamic history, there were many early and modern Muslims, who converted to Islam for they were touched by facts from the reasonings in the comparative religions.The focuses for this research on the importance of comparative religion in the mualaf management module are both, namely perspectives from the religious teachers and also from the converts of Negeri Sembilan. Primary data for this research was collected from the distribution of questionnaires to 20 convert respondents and 5 religious teacher respondents, which was also based on purposive sampling theory. Generally, all respondents from both groups gave positive responds on the importance of comparative religion in the mualaf management module. All of them agree that the inclusion of comparative religion in the mualaf management module could increase Islamic understanding among the converts, including in the faith, worship and ethical aspects. This article suggests that all Malaysian mualaf training centres specifically, and all international Muslim convert training centres generally, to integrate this discipline into their modules. From integrating elements of comparative religion into the mualaf management modules, all converts can increase their understanding and internalization of Islamic teachings through comparative study of other religions vis-a-vis Islam. Kata kunci: Comparative religion, Mualaf management module, Negeri Sembilan, Mad'u perspective and Da'i perspective. Abstrak Artikel ini membincangkan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf di Negeri Sembilan dengan menganalisis perspektif da'i dan mad'u. Ilmu perbandingan agama adalah sebuah ilmu yang membahaskan berkenaan aspek-aspek dalam agama seperti sejarah, kepercayaan, amalan, akhlak dan lain-lain secara perbandingan antara dua atau lebih agama. Dalam catatan sejarah Islam, terdapat ramai orang Islam awal dan moden yang memeluk Islam kerana tersentuh dengan ilmu perbandingan agama. Tumpuan kajian kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf ini adalah dengan melihat kepada dua sisi yang utama iaitu perspektif mualaf dan perspektif pengajar mualaf di Negeri Sembilan. Data primer bagi kajian ini telah diperolehi daripada pengedaran borang kaji selidik (questionnaires) kepada 20 orang responden daripada kalangan mualaf dan 5 orang pengajar mualaf. Pengagihan borang soal selidik ini dibuat berdasarkan teori persampelan purposif. Secara keseluruhannya, kesemua responden daripada kalangan mualaf dan pengajar mualaf memberikan respon yang positif berkenaan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Kesemua mereka bersetuju bahawa penerapan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan para mualaf, termasuklah dari sudut ketuhanan (akidah), ibadah dan akhlak. Artikel ini mencadangkan agar kesemua institusi pengajaran dan latihan mualaf di Malaysia khususnya, atau antarabangsa umumnya, untuk menerapkan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf masing-masing. Menerusi penerapan kandungan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf, para mualaf akan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka berkenaan ajaran Islam secara perbandingan dengan agama-agama lain. Kata kunci: Ilmu Perbandingan Agama, Modul Pengurusan Mualaf, Negeri Sembilan, Perspektif Mad'u dan Perspektif Da'i.
Databáze: OpenAIRE