Cabaran Pengurusan Pembelajaran Atas Talian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Fasa Pandemik Covid-19: Kajian Di KAFA Integrasi Nahdhah Al Islam

Autor: Shofiyyah Moidin, Mohd Asmadi Yakob, Amiratul Munirah Yahaya, Murihah Abdullah, Hajarul Bahti Zakaria
Rok vydání: 2022
Zdroj: Journal of Fatwa Management and Research. 27:10-26
ISSN: 0127-8886
2232-1047
DOI: 10.33102/jfatwa.vol27no2.434
Popis: Cabaran kehidupan dalam masyarakat yang pelbagai menghendaki pengurusan di pihak pentadbir menyelaraskan penyampaian ilmu asas agama ini melalui Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Pembelajaran KAFA yang lazimnya dilaksanakan di sekolah agama secara bersemuka terpaksa diubah cara pelaksanaannya secara atas talian ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan membincangkan cabaran pengurusan pembelajaran KAFA secara atas talian semasa fasa pandemik Covid-19. Kajian ini berbentuk kualitatif. Data dikumpul berdasarkan temubual 2 orang responden daripada Kafa Integrasi Nahdhah Al Islam. Analisis data pula dilakukan secara analisis naratif menggunakan kaedah pengekodan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perubahan pelaksanaan pengurusan pembelajaran KAFA secara atas talian semasa fasa Pandemik Covid-19. Cabaran yang dihadapi pula termasuklah infrastuktur, kemahiran teknologi, kewangan serta masa dan bebanan tugas. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha menangani permasalahan dan memastikan sesi pembelajaran lebih berkesan.
Databáze: OpenAIRE