Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran dan Bahan Terbitan Al-Quran

Autor: null Latifah Abdul Majid, null Mohd Faizulamri Mohd Saad, null Hamdi Ishak, null Mohd Nasir Abd Majid, null Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol, null Ameer Areff Iskandar Mohd Azhar
Rok vydání: 2022
Zdroj: e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. :95-108
ISSN: 2289-7909
DOI: 10.53840/ejpi.v9i1.70
Popis: Mashaf al-Quran al-Karim merupakan kitab suci umat Islam yang wajib dihormati tidak kira ia masih baru atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memelihara kesucian al-Quran sejak zaman Rasulullah dan kemudian telah diwarisi sehingga ke hari ini. Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat cuba melupuskan bahan terbitan al-Quran dengan cara membakar walaupun pada hakikatnya bertentangan dengan peraturan. Namun begitu, hal ini boleh menimbulkan pelanggaran etika atau adab dalam melupuskan al-Quran dan kekeliruan dalam masyarakat Islam serta penghinaan terhadap kesucian al-Quran. Rentetan daripada ini, permasalahan ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya perkara ini dapat dibendung bersama. Oleh itu, kaedah dan tatacara perlu selari dengan fatwa semasa dan terkini dalam pelupusan teks al-Quran dan bahan penerbitan al-Quran supaya dapat dielakkan berlakunya pelanggaran etika atau adab dalam pelupusan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kaedah dan metode pelupusan al-Quran dan bahan terbitan al-Quran menurut perspektif Islam dan garis panduan yang selari dengan fatwa semasa. Kajian ini juga menjelaskan isu yang timbul dalam pelupusan bahan terbitan al-Quran. Metode kajian ini menggunakan menerusi metode analisis dokumen dari sumber-sumber perpustakaan berkaitan. Dapatan dan perbincangan kajian dianalisis secara deskriptif.
Databáze: OpenAIRE