Popis: |
Malaysia memiliki perancangan pembangunan ekonomi yang rancak menjelang Transformasi Nasional 2050. Pembangunan ini berkait rapat dengan keperluan kepada kelestarian sumber buruh yang di perlukan untuk menggerakan perancangan ini. Bersama-sama dengan sumber buruh tempatan, sumber migran daripada luar negara menjadi pilihan majikan yang kebanyakkan mereka tergolong kepada pekerja tidak mahir yang di bawa masuk secara sah, di eksploitasi sebagai mangsa pemerdagangan manusia atau di seludup masuk ke Malaysia secara tanpa izin untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi. Ini membina fenomena lambakan pekerja migran tidak mahir. Situasi kurang sihat ini mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara. Sebagai imbalan, pelbagai dasar di bentuk oleh kerajaan untuk mengawal keadaan tetapi masih kurang berkesan bagi mengatasi persoalan mobiliti retas sempadan hampir tanpa had. Kesannya, ia memburukkan lagi masalah sosial dan perundangan melibatkan pekerja migran dengan berlakunya kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI). Faktor penarikan dan penolakkan ini menimbulkan kesan kepada masyarakat temapatan serta pencerobohan terhadap sempadan negara akibat aktiviti tidak sihat yang di bawa bersama dengan mobiliti dan kemasukan secara haram. Ini menjejaskan keselamatan dan citra Malaysia sebagai negara berdaulat. Pengalaman Negara luar dalam mengurus pekerja tidak mahir di rujuk untuk memahami masalah penggajian pekerja tidak mahir. Artikel ini akan menyingkap faktor keperluan negara terhadap pekerja migran mahir, sektor ekonomi yang menggaji pekerja migran tidak mahir, kelayakan kemasukan sebagai pekerja migran sah; permasalahan pencerobohan sempadan negara; implikasi lambakan pekerja migran tidak mahir dalam sektor ekonomi, keselamatan masyarakat sosial dan pematuhan terhadap perundangan negara. |