Popis: |
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan iaitu Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kebebasan memerintah (kuasa mutlak) dalam sistem pentadbiran negara. Disebabkan ada beberapa keadaan dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak menyebut secara jelas tentang kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, maka Raja-Raja Melayu adakalanya menggunakan budi bicara melangkaui peruntukan dalam perlembagaan. Tindakan ini serigkali dicabar keabsahahnya. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu boleh melangkaui peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan serta implikasinya terhadap masyarakat, kerajaan dan negara. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif beserta kajian lapangan. Data yang berasaskan sumber primer, sekunder, pemerhatian dan temu bual telah dianalisa untuk mendapatkan hasil bagi kajian ini. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat menerangkan kepada masyarakat dan kerajaan betapa pentingnya kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menekankan beberapa situasi yang Raja-Raja Melayu boleh menggunakan budi bicara untuk membuat sesuatu keputusan walaupun tidak termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, demi kemaslahatan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. |