Autor: |
Aliza Alias, Yong Siow Wei |
Rok vydání: |
2023 |
Předmět: |
|
Zdroj: |
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 8:e002240 |
ISSN: |
2504-8562 |
Popis: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dan Murid Pendidikan Khas (MPK) Penglihatan menggunakan alat bantu teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Seramai 100 orang guru yang mengajar MPK Penglihatan dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian ini mendapati pengetahuan dan kemahiran tentang alat bantu teknologi bagi guru dan MPK Penglihatan adalah tidak mencukupi. Penajaan alat bantu teknologi daripada pihak kerajaan tidak dapat menampung bilangan MPK Penglihatan yang ramai di sekolah. Oleh itu, latihan pembangunan profesional secara berterusan dan peruntukan alat bantu teknologi diperlukan untuk meningkatkan kemahiran tentang penggunaan alat bantu teknologi bagi guru serta MPK Penglihatan. |
Databáze: |
OpenAIRE |
Externí odkaz: |
|