Klasifikasi Kandungan Sejarah dalam Epistemologi Historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin oleh Syeikh Ahmad al-Fatani

Autor: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ahmad Faathin Mohd Fadzil
Rok vydání: 2017
Předmět:
Zdroj: Journal of Al-Tamaddun. 12:51-72
ISSN: 2289-2672
1823-7517
DOI: 10.22452/jat.vol12no2.5
Popis: Penulisan ini bertolak daripada kenyataan Wan Mohd. Shaghir Abdullah bahawa karya Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin oleh Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan kitab pertama di Alam Melayu yang meriwayatkan tentang biografi imam mazhab empat dan Dawlah Uthmaniyyah, selain kitab tersebut mengandungi pelbagai maklumat lain tentang sejarah. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti klasifikasi kandungan sejarah yang ditulis dan disusun Syeikh Ahmad dalam Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin serta kesetaraannya dengan epistemologi historiografi Islam. Penulisan ini menggunakan pendekatan kajian teks dan analisis dokumen terhadap teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin. Hasil penulisan mendapati bahawa terdapat sembilan klasifikasi sejarah dalam teks Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin yang setara dengan epistemologi historiografi Islam iaitu sejarah kontemporari, manaqib (biografi), qasas (naratif), kronologi, ansab (geneologi), autobiografi, sejarah tempatan, sejarah universal dan falsafah sejarah.
Databáze: OpenAIRE