Elemen Silang Budaya Bagi Penghasilan Motif Baharu Dalam Seni Islam Tempatan

Autor: Nik Narimah Nik Abdullah, Nurfaradilla Mohamad Nasri, Mohd Fauzi Harun, Muliyati Mat Alim, Mohd Hisham Johari
Rok vydání: 2021
Zdroj: Ulum Islamiyyah. 33:113-131
ISSN: 2289-4799
1675-5936
DOI: 10.33102/uij.vol33nos5.407
Popis: Cross-cultural application efforts are not only focused on physical activity in communities but can be applied through a variety of mediums. Islamic Art is broad and needs to be developed and enriched with creativity. Islamic art still maintains the same way of presentation and there are no new transformations. This study will identify the elements of cross-cultural art that are possible to generate new ideas for the design of Islamic Art motifs. The cross-cultural component in this study is the cultural basis of Malaysia's three main ethnic groups. The study of creating cross-cultural-based motifs are limited. There are no new addition and creativity in the field of Islamic Art. This study aims to identify the art elements of cross-culture that can be used as inspiration for motif design and propose a new possible cross-cultural Islamic Art motif design. The design and development approach underpinned by the ADDIE model was used in this study. Cross-cultural elements such as symbols, images and colours that do not conflict with the core of Islamic art can generate high creativity and inspire innovation in producing Islamic Art motifs. In conclusion, the cross-cultural art element can be used as inspiration for the design of new Islamic Art motifs that have local multi-cultural identity characteristics. Abstrak Usaha penerapan silang budaya tidak hanya tertumpu kepada aktiviti fizikal dalam masyarakat bahkan ia boleh diterapkan melalui pelbagai medium yang lain. Seni Islam masih mengekalkan cara persembahan yang sama dan tiada tranformasi baharu. Seni Islam adalah seni yang luas dan perlu berkembang serta diperkaya dengan kreativiti. Kajian ini akan mengenal pasti elemen seni silang budaya yang dapat menjana idea baharu bagi menghasilkan reka bentuk motif Seni Islam. Komponen silang budaya dalam kajian ini adalah berdasarkan konteks budaya tempatan yang terdiri daripada tiga major etnik di Malaysia. Kajian terhadap penghasilan motif yang berteraskan silang budaya amat kurang dalam konteks tempatan. Selain itu, tiada penambahan dan kreativiti baharu dalam bidang Seni Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen seni silang budaya yang boleh dijadikan inspirasi bagi menghasilkan reka bentuk motif, dan mencadangkan pembangunan reka bentuk motif Seni Islam berteraskan silang budaya. Pendekatan reka bentuk dan pembangunan yang didasari oleh model ADDIE digunakan dalam kajian ini. Elemen silang budaya seperti simbol, imej dan warna yang tidak bercanggah dengan teras kesenian Islam dapat manjana daya kreativiti yang tinggi dan mengilhamkan inovasi dalam menghasilkan motif Seni Islam. Penghasilan motif baharu Seni Islam ini juga berpotensi untuk diaplikasikan pada pelbagai platform. Kesimpulannya, elemen seni silang budaya berupaya dijadikan sebagai inspirasi bagi menghasilkan sebuah reka bentuk motif Seni Islam baharu yang mempunyai ciri-ciri identiti tempatan.
Databáze: OpenAIRE